Selasa, 27 September 2011

Perihan Kuasa Penilaian


AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

AKTA 171

BAHAGIAN XV

KADAR DAN NILAIAN

Kuasa untuk memasuki premis

110. Seseorang pegawai sesuatu pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis dengan sewajarnya boleh pada setiap masa yang munasabah, memasuki mana-mana premis dalam kawasan pihak berkuasa tempatan bagi maksud menjalankan apa-apa kuasa pemeriksaan, penyiasatan atau menjalankan kerja, yang diberi kepada sesuatu pihak berkuasa tempatan.

Pegawai boleh meminta nama dan alamat diberikan

111. (1) Penduduk mana-mana premis dalam kawasan pihak berkuasa tempatan hendaklah, jika dikehendaki oleh mana-mana pegawai sesuatu pihak berkuasa tempatan, memberikan nama dan nombor kad pengenalannya dan nama dan alamat pemunya premis itu, jika diketahui.

Penyata boleh dikehendaki

140.     (1) Untuk membolehkan pihak berkuasa tempatan mentaksirkan nilai pegangan yang kena ditaksirkan, pihak berkuasa tempatan boleh menghendaki pemunya atau penduduknya memberi penyata mengenai luasnya, tempat letaknya, kualiti, guna dan sewanya dan memberi segala maklumat yang perlu untuk menyediakan Senarai Nilaian ataupun bagi maksud nilaian itu, dan bagi maksud yang serupa pihak berkuasa tempatan atau seseorang yang dilantik olehnya bagi maksud itu boleh, pada bila-bila masa memasuki dan memeriksa dan, jika perlu, mengukurnya.

(2) Seseorang yang—
(a) enggan atau tidak memberi penyata atau maklumat itu dalam tempoh dua minggu dari tarikh diterima notis menghendakinya berbuat demikian;
(b) dengan diketahuinya membuat suatu penyata palsu atau tidak betul atau memberi suatu maklumat palsu atau tidak betul;
(c) merintangi, menghalang atau menahan pihak berkuasa tempatan atau seseorang yang dilantik olehnya daripada memasuki, memeriksa atau mengukur mana-mana pegangan itu,

boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit ataudipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Hostgator Coupon Code