Ahad, 4 Disember 2011

Kempen kutipan tunggakan cukai taksiran am 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Perhatian kepada penduduk Pengkalan Hulu yang berada di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

Sesiapa yang masih mempunyai tunggakan cukai taksiran am, diminta supaya membayar tunggakan tersebut dengan segera di kaunter hasil Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Namun, bagi sesiapa yang masih belum menjelaskan tunggakan tersebut, kakitangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu akan ke premis anda untuk tuntutan berkenaan.

Satu Kempen Kutipan Tunggakan Cukai Taksiran Am Tahun 2011 akan dilakukan bermula 5 Disember 2011 dan berakhir pada 9 Disember 2011. Sila semak tarikh kempen kutipan di tempat anda dalam jadual di bawah untuk rujukan.

Untuk maklumat selanjutnya sila berhubung dengan kakitangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu di nombor berikut 04-4778148.

Jumaat, 2 Disember 2011

Salam Takziah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... Hari ini 2 Disember 2011 bersamaan 6 Muharam 1433 hijrah (Jumaat) Encik Mustafa bin Hamid (Pekerja Awam MDPH) telah pulang ke rahmatullah di Hospital Baling lebih kurang pada pukul 3 petang. Beliau yang dikenali sebagai seorang pekerja yang rajin dan patuh serta sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Al-Fatihah buat Allahyarham dan takziah kepada beluarga Allahyarham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Hostgator Coupon Code