Ahad, 29 Januari 2012

Cukai Taksiram Am Tahun 2012

Kepada Semua Pemilik Pegangan/Harta di Kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.



Kadar Taksiran Bagi Tahun 2012

Sukacita bahawa melalui surat daripada Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan rujukan (4)dlm.PSUK.PK(KT-K)800/19 yang bertarikh 19 Januari 2012 telah memaklumkan seperti berikut:

Dimaklumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam perjumpaan bil. 1685 bertarikh 18 Januari 2012 telah memutuskan seperti berikut:

Mesyuarat menagambil maklum keputusan kertas mesyuarat Bil.1581/06/07/2011 bertarikh 6 Julai 2011 yang meluluskan pelarasan kadar taksiran mulai tahun 2012 bagi lima (5) PBT iaitu:

i.                    Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
ii.                  Majlis Perbandaran Manjung (MPM)
iii.                Majlis Daerah Lenggong (MDL)
iv.                 Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH)
v.                   Majlis Daerah Selama (MDS)

Justeru, mesyuarat bersetuju mengekalkan kadar lama sementara kajian semula dibuat bagi memastiakn rakyat tidak dibebankan dengan kenaikan kadar taksiran yang melampau. ”

Sehubungan dengan itu, pihak Majlis mengambil maklum dengan perkara ini dan mengekalkan kadar mengikut kadar pada tahun 2011 seperti jadual di bawah ini.


AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (Akta 171)

(Seksyen 127)

KADAR TAHUNAN
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 127 dan dibaca bersama-sama dengan seksyen 163 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Majlis Daerah Pengkalan Hulu dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri mengenakan bagi tahun 2012 kadar tahunan yang dinyatakan dalam Jadual ke atas semua pegangan, dan bangunan yang baginya seksyen 163 terpakai, di kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu yang dinyatakan dalam Jadual berkuat kuasa pada 1 Januari 2012.

JADUAL

KAWASAN
KADAR ATAS NILAI TAHUNAN
TANAH DAN BANGUNAN
TANAH KOSONG
1.
PENGKALAN HULU


i.        Perniagaan
8.5
2.5
ii.       Kediaman
8.5
2.5
iii.     Rancangan Perumahan Awam Kos Rendah/Perumahan Kos Rendah
5.5
-
2.
KLIAN INTAN


i.        Perniagaan
5.5
2.0
ii.       Kediaman
5.5
2.0
iii.     Rancangan Perumahan Awam Kos Rendah/Perumahan Kos Rendah
5.5
-
3.
TASEK


i.        Perniagaan
5.5
2.0
ii.       Kediaman
5.5
2.0
4.
HARTA KHAS


i.        Stesyen Minyak
9.5
-
ii.       Pemancar Telekomunikasi
9.5
-
iii.     Pencawang Elektrik (PE)
9.5
-
iv.     Panggung Wayang
5.5
-
v.      Tanah Perlombongan Bijih Timah
3
3
5.
Pegangan jenis tanah pertanian tidak dimajukan di seluruh kawan Majlis
0
0

Oleh yang demikian, sila semak bil Cukai Taksiran Am anda dan kepada sesiapa yang terlibat dengan kenaikan yang dimaksudkan, sila ke pejabat MDPH untuk penyelarasan.

Walau bagaimana pun, sekiranya ada diantara anda yang telah menjelaskan bil Cukai Taksiran Am dengan kadar yang telah dinaikkan, bayaran tersebut akan diselaraskan pada bil separuh tahun ke dua tahun 2012 atau pada tahun 2013.


Sebang pertanyaan, sila berhubung dengan Majlis seperti berikut:
1. Tel: 04-4778148
2. Faks: 04-4778735
3. Emel: urusetia@mdph.gov.my

Sekian, Harap maklum.


Jumaat, 13 Januari 2012

Ahli Majlis 2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Majlis Angkat Sumpah dan Penerimaan Jawatan Ahli Majlis, Majlis Daerah Pengkalan Hulu bagi penggal 2012 telah dilakuka pada pagi tadi (13 Januari 2012 Jumaat jam 9.00 pagi) bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Pengkalan Hulu.


Pada tahun 2012 ini, Ahli-ahli Majlis yang telah berkhidmat pada tahun 2011 masih dikekalkan.

Majlis mengucapkan TAHNIAH di atas pelantikan semula kepada semua ahli majlis bagi penggal 2012 ini.

Wassalam..

Isnin, 9 Januari 2012

Khas untuk pelancongan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya...

Berikutan 2012 adalah Tahun Melawat Perak, maka dengan ini MDPH akan mengulas dan menerbitkan artikel berkaitan pelancongan di Perak dan Khasnya di Pengkalan Hulu untuk tatapan serta rujukan pelancongan anda.

tour2myemdph.blogspot.com

Semoga akan bermanfaat untuk semua.

Wassalam...

Pembayaran hasil MDPH pada waktu rehat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya...


Sukacita dimaklumkan bahawa, kini kaunter hasil MDPH dibuka untuk pelbagai urusan pembayaran hasil MDPH (termasuk cukai taksiran am dari PBT lain seluruh negeri Perak) pada waktu rehat iaitu pukul 1.00 tengahari hingga 2.00 petang bermula pada 3 Januari 2012. Ini adalah berikutan komitmen MDPH memudahkan para pembayar hasil untuk berurusan tanpa melibatkan urusan dalam waktu kerja.



Kaunter Hasil pada waktu REHAT
1.00 p.m. - 2.00 p.m.
untuk sebarang urusan pembayaran hasil




Diharapkan, semoga kekangan masa berkerja tidak lagi akan menjadi penghalang untuk berurusan dengan pihak MDPH.


Keperihatinan anda untuk membayar, pembangunan Pengkalan Hulu tidak tercalar.


Wassalam.

Tahun Melawat Perak 2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya...

2012 telah menjelma dan ini membawa Perak ke era mempromosikan pelancongan dalam Tahun Melawat Perak 2012 dengan tema "Visit Perak 2012 Malaysia : Yours To Discover".

Majlis Daerah Pengkalan Hulu selaku PBT yang berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri Perak turut serta dalam mempromosikan acara ini. Di antara tempat menarik yang terdapat di Pengkalan Hulu adalah Gua Gendang di Kampung Tasek (sebuah perkampungan etnik Siam), Lapangan Golf Pengkalan Hulu (9 lubang), Kolam Air Panas (dengan chalet) dan Pengkalan Hulu juga dilihat sebagai bandar sempadan yang berdaya maju sesuai dengan agenda pembangunan Majlis iaitu menjadikan Pengkalan Hulu sebagai bandar sempadan yang berdaya maju.

Sebagai menyahut seruan kerajaan negeri, Majlis dengan ini akan bersama-sama akan menjadikan 2012 ini sebagai tahun yang gemilang buat pelancong untuk ke Perak.

Sekian, Wassalam.

Selasa, 3 Januari 2012

Bil CTA 1/2 Tahun 2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Kepada semua warga Pengkalan Hulu dan pembayar Cukai Taksiran Am (Cukai Pintu) Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

Dimaklumkan bahawasanya, bil. Cukai Taksiran Am bagi separuh tahun yang pertama tahun 2012 (bagi tempoh Januari - Jun 2012) telah diproses dan dikeluarkan. proses penghantaran bil ke alamat pemilik sedang dilakukan.

Sesiapa yang masih belum menerima bil Cukai Taksiran Am bagi tahun 2012 ini dimohon untuk memaklumkan kepada pihak Majlis dengan berhubung sendiri melalui telefon di 04-4778148. Sila nyatakan no. MyID (no. kad pengenalan) atau no. akaun CTA atau pun alamat harta yang dikenakan cukai tersebut.

Dimaklumkan juga bahawasanya, keperihatinan anda untuk menjelaskan bil Cukai Taksiran Am anda dapat membantu Majlis untuk membangunkan daerah ini.

Sebarang pertanyaan adalah dialu-alukan.


**Semak kadar tahunan 2012 percukaian harta anda klik di sini.


Tel : 04-4778148 | Faks : 04-4778735 | Emel: urusetia@mdph.gov.my
Semakan CTA Online

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya...

Majlis Daerah Pengkalan Hulu mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 kepada semua warga Pengkalan Hulu.

Semoga di tahun baru 2012 ini akan memberikan semangat supaya kita meningkatkan usaha agar terus maju dan bersama-sama dengan Majlis Daerah Pengkalan Hulu untuk membangun dan memajukan daerah ini dengan lebih berkesan dan seimbang (dunia dan akhirat insyaAllah)...

Dari Pengurusan dan Kakitangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

Wassalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Hostgator Coupon Code