Khamis, 23 Februari 2012

Gotong-royong 5S

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa, pada hari Isnin bersamaan 27 Februari 2012 pada pukul 3.00 petang akan diadakan satu GOTONG-ROYONG 5S bagi menjayakan persejilan semua 5S Majlis Daerah Pengkalan Hulu untuk penggal 2012.

Diharapkan semua kakitangan Pejabat MDPH dapat hadir dan tidak menolak untuk melakukan sebarang kerja-kerja pembersihan.

Sekian, terima kasih dan Wassalam.


Rabu, 22 Februari 2012

Salam Perpisahan

PENGKALAN HULU, 23 Februari 2012 - Hari ini genap sudah tiga bulan cik Nurul Nabihah binti Abdul Razak menjalankan latihan praktikal bagi bidang pengajiannya di Majlis Daerah Pengkalan Hulu dalam bidang Diploma in English Communication.

Suka dalam duka (sebab nak berpisah)
Senyuman menawan...
Pagi tadi telah berlangsung satu majlis perpisahan dan bacaan doa selamat bagi menghargai khidmat yang telah diberikan oleh beliau. Walau beliau sekadang menjalankan latihan praktikal bagi memenuhi tugasan terhadap pengajian beliau, namun khidmat yang beliau tunjukkan amat berkualiti dan berdedikasi dengan tugasan yang diamanahkan.

Nabihah dan Ina
Selama tiga bulan beliau di pentadbiran ini, komitmen yang diberikan amat membanggakan. Malahan hubungan beliau terhadap kakitangan Majlis amat mesra dan mudah untuk memberikan senyuman menawan.

Pentadbiran Majlis Daerah Pengkalan Hulu dengan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan semoga kelak akan bertemu lagi.

Wassalam.
Doa selamat, sedikit ucapan dan makan...
Menu hari ini - soto, kairpap dan kasui...

Liga Bola Sepak Piala KPPD Pengkalan Hulu 2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya...

Dimaklumkan, satu liga bola sepak sedang berlangsung ketika ini iaitu LIGA BOLA SEPAK PIALA KPPD (KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH) PENGKALAN HULU 2012. Venue pertandingan adalah di Mini Stadium Kompleks Sukan Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Jadual perlawanan adalah seperti di bawah.

Tuan-tuan dan puan-puan dijemput untuk memberikan sokongan kepada pasukan yang bertanding.

PASUKAN YANG BERTANDING MENGIKUT KUMPULAN

KUMPULAN A
A1
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU
A2
KLIAN INTAN
A3
SECURE NENERING
A4
PENDIDIKAN 'FC'

KUMPULAN B
B1
KG. BARU
B2
KUAK HULU 'B'
B3
KUAK LUAR
B4
KELAB BELIA BELL TAMIL

KUMPULAN C
C1
SIMPANG PULAI 'FC'
C2
PERANTAU 'FC'
C3
KG. SELARONG ' FC'
C4
BELIA TASEK 1

KUMPULAN D
D1
KUAK HULU 'A'
D2
AIR PANAS 'FC'
D3
KUAK TENGAH 'FC'
D4
SETIA 'FC' (3 RS)

JADUAL PERLAWANAN MENGIKUT KUMPULAN

KUMPULAN A
A 1
vs
A 2
20/02/2012 Isnin
A 3
vs
A 4
29/02/2012 Rabu
A 2
vs
A 3
09/03/2012 Jumaat
A 4
vs
A 1
19/03/2012 Isnin
A 3
vs
A 1
28/03/2012 Rabu
A 2
vs
A 4
06/04/2012 Jumaat

KUMPULAN B
B 1
vs
B 2
22/02/2012 Rabu
B 3
vs
B 4
02/03/2012 Jumaat
B 2
vs
B 3
12/03/2012 Isnin
B 4
vs
B 1
21/03/2012 Rabu
B 3
vs
B 1
30/03/2012 Jumaat
B 2
vs
B 4
09/04/2012 Isnin

KUMPULAN C
C 1
vs
C 2
24/02/2012 Jumaat
C 3
vs
C 4
05/03/2012 Isnin
C 2
vs
C 3
14/03/2012 Rabu
C 4
vs
C 1
23/03/2012 Jumaat
C 3
vs
C 1
02/04/2012 Isnin
C 2
vs
C 4
11/04/2012 Rabu


KUMPULAN D
D 1
vs
D 2
27/02/2012 Isnin
D 3
vs
D 4
13/03/2012 Selasa
D 2
vs
D 3
16/03/2012 Jumaat
D 4
vs
D 1
26/03/2012 Isnin
D 3
vs
D 1
04/04/2012 Rabu
D 2
vs
D 4
13/04/2012 Jumaat


JADUAL PERLAWANAN KEMUNCAK - SUKU AKHIR, SEPARUH AKHIR DAN AKHIR.


Selasa, 21 Februari 2012

Royal Belum World Drums Festival 2012


Royal Belum World Drums Festival 2012

Bagi yang berkesempatan, datanglah beramai-ramai ke Royal Belum World Drums Festival 2012 yang akan diadakan di Perak dari 21-26 Februari 2012 ini. Masuk adalah PERCUMA.

Jadual program Royal Belum World Drum Festival 2012 :

- Pra acara
21 Feb 2012 : Taiping Sentral Mall (8.00malam)
22 Feb 2012 : Dataran Putra, Lumut (8.45malam)
23 Feb 2012 : Laman Budaya, Kuala Kangsar (4.00petang)

- Malam Gala -
25 Feb 2012 : MBI City Square (8.00malam)
26 Feb 2012 : Gerik Airstrip (Lapangan Terbang Gerik) (8.00malam)

Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan acara.


Untuk maklumat selanjutnya sila layari laman sesawang pelancongan perak di http://visitperak.my/royal-belum-world-drum-festival-2012

Jumaat, 17 Februari 2012

Sejarah Pengkalan Hulu

Taman Tasik Takong
Daerah Kecil Pengkalan Hulu merupakan sebahagian daerah Hulu Perak dan merupakan daerah paling utara di negeri Perak yang meliputi dua (2) buah bandar kecil iaitu Pengkalan Hulu dan Klian Intan. Kedudukan unik Pengkalan Hulu yang bersempadan dengan Thailand dan negeri Kedah.


Seterusnya....

Khamis, 2 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul 1433

Assalamuaalikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Majlis Daerah Pengkalan Hulu serta seluruh wara Majlis mengucapkan selamat meyambut Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Awal 1433 hijrah bersamaan 5 Februari 2012 ini kepada semua warga Malaysia umumnya dan warga Pengkalan Hulu khasnya yang beragama Islam.

Tema sambutan pada tahun ini adalah:

"PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH"

Bersama-samalah kita semua mengambil iktibar dari keperibadian Rasulullah dalam pengurusan seharian Baginda. Jadikan Baginda sebagai contoh ikutan utama dalam segala hal dunia dan akhirat.

TAKRIFAN

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25) bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT.

Namun dalam konteks ini, ia merujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.

Sejarah ringkas

Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran.

Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.

Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.

Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan.

Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan.

Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup.

Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.

Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin.

Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.

Hujah membolehkan Maulidur Rasul

Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.

Imam Jalaluddin Sayuti:

“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia”.

Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.

“Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.

“Sa’d bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran.

“Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.

“Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.

“Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

“Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam”.

Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A’raf: 157)

Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Ibrahim:5)

Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’animenjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar”.

3) Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan”.

Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu”. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata, bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.

- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

Sumber : Pondok Pasir Tumbuh (Al Bakriah.com)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Hostgator Coupon Code