Kepada Semua Pemilik Pegangan/Harta di Kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
Kadar Taksiran Bagi Tahun 2012
Sukacita bahawa melalui surat
daripada Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Darul Ridzuan dengan rujukan (4)dlm.PSUK.PK(KT-K)800/19 yang bertarikh 19
Januari 2012 telah memaklumkan seperti berikut:
“ Dimaklumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam perjumpaan
bil. 1685 bertarikh 18 Januari 2012 telah memutuskan seperti berikut:
Mesyuarat menagambil maklum keputusan
kertas mesyuarat Bil.1581/06/07/2011 bertarikh 6 Julai 2011 yang meluluskan
pelarasan kadar taksiran mulai tahun 2012 bagi lima (5) PBT iaitu:
i.
Majlis
Bandaraya Ipoh (MBI)
ii.
Majlis
Perbandaran Manjung (MPM)
iii.
Majlis
Daerah Lenggong (MDL)
iv.
Majlis
Daerah Pengkalan Hulu (MDPH)
v.
Majlis
Daerah Selama (MDS)
Justeru, mesyuarat bersetuju mengekalkan
kadar lama sementara kajian semula dibuat bagi memastiakn rakyat tidak
dibebankan dengan kenaikan kadar taksiran yang melampau. ”
Sehubungan dengan itu, pihak Majlis mengambil maklum
dengan perkara ini dan mengekalkan kadar mengikut kadar pada tahun 2011 seperti
jadual di bawah ini.
AKTA KERAJAAN
TEMPATAN 1976 (Akta 171)
(Seksyen 127)
KADAR TAHUNAN
MAJLIS DAERAH
PENGKALAN HULU
PADA menjalankan kuasa yang
diberikan oleh seksyen 127 dan dibaca bersama-sama dengan seksyen 163 Akta
Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171],
Majlis Daerah Pengkalan Hulu dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri mengenakan
bagi tahun 2012 kadar tahunan yang dinyatakan dalam Jadual ke atas semua
pegangan, dan bangunan yang baginya seksyen 163 terpakai, di kawasan Majlis
Daerah Pengkalan Hulu yang dinyatakan dalam Jadual berkuat kuasa pada 1 Januari
2012.
JADUAL
KAWASAN
|
KADAR ATAS NILAI TAHUNAN
|
TANAH DAN BANGUNAN
|
TANAH KOSONG
|
1.
|
PENGKALAN HULU
|
|
|
i.
Perniagaan
|
8.5
|
2.5
|
ii. Kediaman
|
8.5
|
2.5
|
iii. Rancangan
Perumahan Awam Kos Rendah/Perumahan Kos Rendah
|
5.5
|
-
|
2.
|
KLIAN INTAN
|
|
|
i.
Perniagaan
|
5.5
|
2.0
|
ii. Kediaman
|
5.5
|
2.0
|
iii. Rancangan
Perumahan Awam Kos Rendah/Perumahan Kos Rendah
|
5.5
|
-
|
3.
|
TASEK
|
|
|
i.
Perniagaan
|
5.5
|
2.0
|
ii. Kediaman
|
5.5
|
2.0
|
4.
|
HARTA KHAS
|
|
|
i.
Stesyen Minyak
|
9.5
|
-
|
ii. Pemancar
Telekomunikasi
|
9.5
|
-
|
iii. Pencawang
Elektrik (PE)
|
9.5
|
-
|
iv. Panggung
Wayang
|
5.5
|
-
|
v. Tanah
Perlombongan Bijih Timah
|
3
|
3
|
5.
|
Pegangan jenis
tanah pertanian tidak dimajukan di seluruh kawan Majlis
|
0
|
0
|
Oleh yang demikian, sila semak
bil Cukai Taksiran Am anda dan kepada sesiapa yang terlibat dengan kenaikan
yang dimaksudkan, sila ke pejabat MDPH untuk penyelarasan.
Walau bagaimana pun, sekiranya
ada diantara anda yang telah menjelaskan bil Cukai Taksiran Am dengan kadar
yang telah dinaikkan, bayaran tersebut akan diselaraskan pada bil separuh tahun
ke dua tahun 2012 atau pada tahun 2013.
Sebang pertanyaan, sila berhubung dengan Majlis seperti berikut:
1. Tel: 04-4778148
2. Faks: 04-4778735
3. Emel: urusetia@mdph.gov.my
Sekian, Harap maklum.