Assalamaulaiakum Warahmataullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya...
Satu 'Seminar Jom Membaca 1Malaysia' yang dianjurkan bersama-sama oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak dan Lembaga Pembangunan Sastera (LEPAS) Perak akan diadakan di Pengkalan Hulu seperti berikut:
Tarikh : 31 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan Bandaran Pengkalan Hulu
Tempat adalah terhad kepada 150 peserta sahaja. Walau bagaimana pun, orang ramai adalah dijemput untuk hadir ke pameran buku yang turut diadakan di tempat yang sama.
LATAR BELAKANG PROGRAM
PENGENALAN
Membaca merupakan kunci kepada ilmu. Ada kajian dan pendapat menyatakan bahawa budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu amat kurang. Sekiranya masyarakat Malaysia ingin menambah ilmu, budaya membaca perlu dipupuk dan tindakan perlu diambil supaya minat kepada membaca ini dapat direalisasikan. Di samping itu, budaya minat membaca hendaklah dipupuk dan disemai sejak di peringkat awal kanak-kanak lagi.
RASIONAL
Pihak penganjur 'Seminar Jom Membaca 1Malaysia' merasakan kelemahan pelajar dalam pelajaran antara lain adalah kerana kurangnya minat terhadap membaca. Hal ini harus diperbetulkan dan satu seminar perlu diadakan bagi mengenal pasti dan seterusnya menangani permasalahan ini.
OBJEKTIF
Dengan adanya 'Seminar Jom Membaca 1Malaysia' ini, masyarakat akan menyedari kepentingan membaca. Dari itu, diharapkan melalui seminar ini, minat membaca akan disuntik dan dipupuk agar menjadi amalan dan budaya membaca dalam kalangan masyarakat dan seterusnya menjadi masyarakat Malaysia berilmu menjelang tahun 2020.
ATUR CARA SEMINAR
8.30 pagi - Pendaftaran
9.00 pagi - Kudapan
9.30 pagi
Kertas Kerja I
Penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid sekolah di derah Hulu Perak.
Oleh : Encik Abd. Wahid bin Nuruddin - Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak.
10.45 pagi
Kerta kerja II
Membaca bersama keluarga
Oleh: Pengarah Pebadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.
12.00 tengahari - Makan tengahari dan solat
2.00 petang
Kertas kerja III
Penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu di peringkat awal kanak-kanak.
Oleh: Y.Bhg. Dr. Tajul Aripin Kassin - Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM Pulau Pinang.
4.00 petang
Resolusi dan perbincangan
Pengerusi: Y. Bhg. Dato' Haji Khairuddin bin Haji Arshad.
5.00 petang
- Majlis penutup
Disempurnakan oleh YB. Tan Sri Dato' Seri Di Raja Mohd Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali, S.P.S.A., S.P.MP., D.P.M.P., A.M.P. (ADUN) Pengkalan Hulu.
- Bacaan doa.
- Penyampaian sijl penyertaan.
- Bersurai.

**Sebarang pertanyaan berkenaan perogram : 04-4778148
0 ulasan:
Catat Ulasan