Sukacita dimaklumkan, PESTA SONGKRAN yang diraikan oleh masyarakat Siam pada 13-15 April setiap tahun kembali lagi pada tahun 2012 ini.
Pihak Majlis dengan ini mewara-warakan (mengwar-warkan) kepada seluruh masyarakat Malaysia berminat untuk bersama-sama memeriahkan PESTA SONGKRAN 2012 ini. Sehubungan dengan itu, semua dijemput hadir pada tarikh dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 13 April 2012 (Jumaat)
Tempat: Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak.
Masa: 9:30 pagi hingga 5:00 petang
INFO PESTA SONGKRAN
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tahun Baru Thai (Bahasa Thai: สงกรานต์ Songkran, dari istilah Sanskrit sankrānti "pergerakan astrologi") disambut sekitar 13–15 April setiap tahun di Thailand, seiringan dengan sambutan Tahun Baru bagi kebanyakan takwim tradisional yang dipakai di Asia Selatan dan Asia Tenggara.
Asalnya, tarikh perayaan ditentukan berdasarkan perhitungan astrologi, tetapi sekarang ditetapkan tarikh dalam takwim. Perayaan Songkran jatuh pada hari yang paling hangat dalam setiap tahun di Thailand, di penghujung musim kemarau. Mulanya, Tahun Baru Thai merupakan awal tahun di Thailand. Pada tahun 1888, tarikh tahun baru dialih ke 1 April dan pada tahun 1940, 1 Januari pula menjadi tarikh tahun baru rasmi. Semenjak tiu, sambutan tahun baru Thai masih dijadikan cuti umum.
Tradisi tahun baru
Nyata sekali perayaan Songkran diterajui adat menyimbah air. Orang ramai merayau-rayau di jalanan dengan membawa baldi berisi air atau pistol air, atau berdiri di tepi jalan sambil memegang hos lalu mecurahkan air ke arah orang lain. Adat menyimbah air asalnya merupakan cara memberi hormat kepada orang lain dengan menangkap air "bertuah" yang sudah dicurahkan untuk membersihkan patung Buddha lalu dicurahkan ke arah baru orang tua untuk memberi tuah kepada mereka sekeluarga. Bagi golongan muda pula, oleh sebab bulan April merupakan bulan terhangat di Thailand (suhunya boleh mencecah 40°C), perayaan ini dijadikan hari berseronok dengan menyimbahkan air ke arah orang lain, sehingga timbulnya gejala seperti berlawan air dan menyimbah air ke arah orang yang memandu kenderaan.
Sebenarnya kegiatan ini tidak semestinya dijadikan keutamaan dalam sambutan tahun baru. Sewajarnya, Songkran dijadikan masa untuk menziarahi dan membalas budi orang-orang tua dan sanak saudara.
Ucapan
Ucapan tradisi tahun baru berbunyi "sa-wat-dee pi mai-thai" (สวัสดีปีใหม่ไทย) yang bermaksud "Selamat tahun baru Thailand", tetapi ramai orang lebih gemar mengucapkan "suk-san wan songkran" (สุขสันต์วันสงกรานต์) iaitu "Selamat Hari Songkran" kerana pi mai lebih kepada 1 Januari.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Songkran