AWAS! TIADA AEDES TIADA DENGGI
10 minit setiap hari bersihkan persekitaran rumah anda... Luangkan masa! Nyawa keluarga anda adalah taruhannya! Pesanan Ikhlas dari Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
BIMBANGKAN TAHAP KESIHATAN KELUARGA?
Untuk mendapatkan pelbagai panduan penjagaan kesihatan keluarga dan anda, sila layari portal kesihatan anda di portal MyHEALT oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maklumat kesihatan terkini. RAKYAT SIHAT, NEGARA SEJAHTERA.
Memaparkan catatan dengan label Acara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Acara. Papar semua catatan
Sabtu, 28 Julai 2012
Keberangkatan DYMM Pemangku Raja Perak ke Pengkalan Hulu
Merafak Sembah dan Mengalu-alukan
Keberangkatan
Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan
Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Ke Pengkalan Hulu
sempena
Majlis Perasmian Masjid Jamek Pengkalan Hulu dan Majlis Berbuka Puasa
Pada 31 Julai 2012 bersamaan 11 Ramadhan 1433
hari selasa bermula 6.00 petang
di Pengkarangan Masjid Jamek Pengkalan Hulu
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bersama-sama menikmati juadah berbuka dan seterusnya bersama-sama menunaikan solat.
Dari seluruh warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan seluruh hamba rakyat Pengkalan Hulu.
DAULAT TUANKU!
Isnin, 9 Julai 2012
Sekitar Karnival Rakit Berhias Edisi III
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Seperti yang dijanjikan, anda boleh melihat antara foto yang menarik sekitar Karnival Rakit Berhias Taman Tasik Takong Edisi III yang berlangsung pada 30 Jun 2012 di Pengkalan Hulu.
Untuk foto yang lain sila ke: http://tour2myemdph.blogspot.com/
Foto oleh: TeamFotoMDPH
Rabu, 27 Jun 2012
Pelan Susun Atur Karnival Rakit Berhias Edisi III
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Slam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya...
Pengumuman!!!
Sila ambil perhatian. Bahawasanya di bawah ini dipertontonkan pelan susun atur tapak Karnival Rakit Berhias Edisi III di Taman Tasik Takong, Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.
Kepada yang membawa kenderaan, sila pastikan kenderaan anda diletakkan di tempat yang selamat dan tidak menggangku kelancaran lalu-lintas. Pastikan kenderaan anda tidak diletakkan di tempat-tempat berikut:
- Sepanjang Jalan Tasek yang dikhaskan untuk perniagaan (ditunjukkan dalam pelan dengan perkataan "DERETAN GERAI-GERAI);
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban (dikhaskan untuk parkir kenderaan VIP dan petugas sahaja); dan
- Dewan Bandaran Pengkalan Hulu (dikhaskan untuk parkir Urusetia dan Petugas)
Pastikan anda mengikut nasihat dan arahan pegawai yang bertugas (POLIS, RELA, JPAM, MDPH, BOMBA dan lain-lain) bagi memastikan keselamatan anda dan kelancaran Karnival.
Sebarang info, sila layari:
Portal MDPH : http://www.mdph.gov.my
blog MDPH : http://myemdph.blogspot.com
facebook MDPH : http://www.facebook.com/klikmdph
![]() |
| Pelan Susun Atur Karnival Rakit Berhias Edisi III |
Sekian, harap maklum dan Wassalam.
Ahad, 24 Jun 2012
Pertandingan Fotografi Terbuka
PERTANDINGAN
FOTOGRAFI TERBUKA
KARNIVAL RAKIT
BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III
PENGKALAN HULU
SEMPENA TAHUN
MELAWAT PERAK 2012
ANJURAN MAJLIS
DAERAH PENGKALAN HULU
Dengan kerjasama
Angkatan Senifoto Negeri Perak (ASFON Perak)
Objektif
Untuk menarik minat masyarakat
setempat dan masyarakat luar untuk mengenali Pengkalan Hulu secara lebih dekat
di bawah produk pelancongan negeri Perak khasnya Karnival Rakit Berhias Taman
Tasik Takong Edisi III.
Konsep
Mempromosikan persekitaran, kebudayaan
dan meningkatkan perpaduan untuk menarik lebih ramai pelancong terutamanya
pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara agar lebih berminat untuk datang
dan melawat serta menjadikan Pengkalan Hulu sebagai salah satu destinasi wajib
pelancongan kepada mereka pada tahun 2012 dan tahun yang seterusnya.
Kamera / Foto
Penggunaan kamera adalah bebas
dari segi jenis, jenama dan bentuk seperti "Compact Camera" sama ada
Digital atau Filem atau kamera "DSLR" atau kamera "SLR".
Teknik mengambil gambar juga adalah bebas, foto yang telah dirakam, adalah
dilarang menggunakan teknik olahan atau pengubahsuaian secara penggunaan perisian
komputer.
Foto mestilah asli dan
hendaklah dicetak di dalam ukuran saiz atau 8" X 12" dan
dilekatkan di atas "Mounting Board" berukuran 10" X 14"
berwarana gelap.
Peserta hendaklah dan wajib
menyertakan bersama salinan digital foto yang dimuatkan ke dalam CD atau Filem
bagi setiap foto yang dihantar untuk dipertandingkan. Setiap keping gambar / CD
atau Filem yang telah di hantar akan menjadi hakmilik Penganjur dan pihak pihak
Penganjur mempunyai hak ke atas setiap keping gambar / CD atau Filem tersebut
bagi kegunaan publisiti / Pameran atu percetakan dari masa ke semasa bila
diperlukan.
Untuk muat turung borang penyertaan dan syarat, sila klik di bawah:
TEMA:
MASYARAKAT
HARMONI DAN BERSATU PADU
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:
1.
Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warganegara
Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, Penyertaan daripada Urusetia
Pertandingan adalah tidak dibenarkan.
2.
Foto yang dirakam di sekitar KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III sahaja yang
layak untuk dipertandingkan.
3.
KARNIVAL RAKIT
BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III diterjemahkan sebagai:
“KARNIVAL
RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III yang
dianjurkan oleh Majlis Daerah Pengkalan Hulu dengan kerjasama Kerajaan Negeri
Perak, agensi Kerajaan di Daerah Kecil Pengkalan Hulu dan agensi bukan kerajaan
yang berkaitan pada 30 Jun 2012 (Sabtu) yang bermula pada 8.00 malam.
Bagi
penyesuaian terhadap pertandingan fotografi ini, KARNIVAL RAKIT BERHIAS
TAMAN TASIK TAKONG EDISI III diterjemahkan bermula pada 8.00 pagi 29 Jun
2012 (Jumaat) dan berakhir pada 11.59 malam 1 Julai 2012 (Ahad).”
4.
Rakaman foto tidak hanya terikat kepada rakit
berhias. Rakaman foto sekitar KARNIVAL RAKIT
BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III adalah diterjemahkan seperti berikut:
i. Telatah
pengunjung dan masyarakat di sekitar karnival;
ii. Acara-acara
yang dilangsungkan atau yang dipertandingkan;
iii. Gelagat dan
usaha peserta bekerjasama menghias dan menyiapkan rakit;
iv. Landskap
sekitar karnival;
v. Setiap
pergerakan, kejadian, peristiwa sepanjang karnival di kawasan karnival; dan
vi. Sebarang
yang difikirkan mempunyai nilai estetika kepada KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III.
5.
Penyertaan foto bagi setiap peserta tidak
dihadkan. Namun tertakluk kepada setiap foto yang dipertandingkan dikenakan caj
sebanyak RM5.00 bagi setiap foto.
Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang Pos (Money Order) atau bayaran
secara tunai kepada “Pengerusi Kelab
Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Pengkalan Hulu”.Bagi bayaran secara
tunai, sila pastikan anda mendapat resit rasmi sebagai bukti pembayaran.
6.
Foto yang dipertandingkan mestilah asli dari
dayausaha dan kreativiti sendiri, olahan, pemurnian atau pengubahsuaian dengan
menggunakan perisian komputer adalah dilarang
dan penyertaan akan dibatalkan. Foto hendaklah yang belum pernah
dipertandingkan atau memenangi mana-mana pertandingan peringkat temapatan,
nasional atau antarabangsa. Setiap gambar yang dihantar hendaklah disertakan
bersama filem atau salinan digital yang dimuatkan ke dalam cakera padat digital (CD).
Salinan digital hendaklah dengan resolusi 8 megapixel dan ke atas.
7.
Foto yang dipertandingkan hendaklah dicetak
berukuran 8” X 12” dan dilekatkan di atas “Mounting Board” berwarna gelap berukuran berukuran 10” X 14”.
8.
Borang Penyertaan asal atau fotokopi hendaklah dilekatkan dibelakang setiap keping
gambar yang dihantar, gambar beserta borang dan Kiriman Wang Pos yang telah
dilengkapkan hendaklah diserahkan/sampai kepada Urusetia Pertandingan pada atau
sebelum tarikh tutup pertandingan seperti berikut:
Alamat
urusetia pertandingan:
Urusetia
Pertandingan Fotografi
d/a:
Majlis Daerah Pengkalan Hulu
33100
Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.
Tarikh tutup pertandingan:
13 Julai, 2012 (Jumaat) 5.00 petang.
9.
Semua gambar-gambar yang dihantar untuk
penyertaan akan menjadi hakmilik penganjur. Penganjur adalah berhak untuk
menghasilkan semula atau mencetak semula bagi tujuan Publisiti, Pameran atau
Penyiaran tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu daripada peserta dan
peserta hendaklah mengaku serta bersetuju tidak akan membuat sebarang tuntutan
kewangan atau lain-lain tuntutan melalui pihak ketiga selepas borang penyertaan
ditandatangan dan diterima.
10.
Keputusan panel hakim adalah muktamad.
HADIAH:
PERTAMA : RM500 00 / dan Sijil Penyertaan
KEDUA : RM300.00 / dan Sijil Penyertaan
KETIGA : RM200.00 / dan Sijil Penyertaan
URUSETIA PERTANDINGAN:
HAIRUL: 04-4778148 @ EMEL: fotokrb3@mdph.gov.my
Maklumat lanjut:
Portal MDPH : http://www.mdph.gov.my
Blog MDPH :
http://myemdph.blospot.com
Facebook MDPH :
http://www.facebook.com/klikmdph
Sebarang maklumat atau pengumuman akan disebarkan melalui laman
sesawang yang disenaraikan di atas.
Selasa, 5 Jun 2012
Karnival Rakit Berhias 2012 - 30 Jun 2012
![]() |
| KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG PENGKALAN HULU 2012 |
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa, Karnival Rakit Berhias Taman Tasik Takong Pengkalan Hulu 2012 akan diadakan pada 30 Jun 2012 (Sabtu) bermula pada jam 8:30 malam bertempat di Taman Tasik Takong.
Seluruh masyarakat dijemput hadir bagi memeriahkan acara.
Bagi yang ingin menyertai Pertandingan Rakit Berhias, sila hubungi Urusetia Karnival Rakit Berhias 2012 di no. 04-4778148 dan sila bercakap dengan Puan Azuriani atau Cik Nazrah untuk maklumat lanjut.
Sekian terima kasih.
Jumaat, 4 Mei 2012
Perlawanan Akhir Piala KPPD 2012
Malam ini bermula jam 8:30 malam, akan berlangsung perlawanan akhir Liga Bola Sepak Piala Ketua Penolong Pegawai Daerah Pengkalan Hulu (Piala KPPD) tahun 2012. Perlawanan akan diadakan di Padang Bandaran, Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Acara akan dirasmikan oleh YB. Tan Sri Dato' Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli bin Mohd Ghazali seterusnya akan menyempurnakan acara penyeampaian hadiah kepada pemenang.
Pasukan yang akan bertanding di perlawanan akhir malam ini adalah:
KELAB BELL BELIA TAMIL (KBBL)
VS
3 REJIMEN SEMPADAN (3RS)
Orang ramai adalah dijemput hadir bagi memberikan sokongan dan sorakan kepada pasukan kegemaran anda. Datanglah dengan semangat kesukanan dan setia kawan. Datanglah dengan semangat berkobar-kobar untuk mengeratkan perpaduan.
Bagi pasukan yang bertanding, bermainlah dengan semangat kesukana yang jitu. Hidupkan sukan yang sihat supaya Pengkalan Hulu sentiasa ceria.
Ahad, 15 April 2012
Karnival Rakit Berhias 2012 DITUNDA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera...
Dukacita dimaklumkan bahawa, Karnival Rakit Berhias Pengkalan Hulu 2012 ditunda lagi disebabkan beberapa perkara teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Walaubagaimanapun, suatu tarikh yang sesuai bagi melansungkan Karnival Rakit Berhias akan diumumkan pada waktu yang terdekat ini.
Sebarang kemuskilan dan info terkini berkenaan Karnival Rakit Berhias Pengkalan Hulu 2012 boleh ke laman facebook Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
Sekian, terima kasih dan Wassalam.
Dukacita dimaklumkan bahawa, Karnival Rakit Berhias Pengkalan Hulu 2012 ditunda lagi disebabkan beberapa perkara teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Walaubagaimanapun, suatu tarikh yang sesuai bagi melansungkan Karnival Rakit Berhias akan diumumkan pada waktu yang terdekat ini.
Sebarang kemuskilan dan info terkini berkenaan Karnival Rakit Berhias Pengkalan Hulu 2012 boleh ke laman facebook Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
Sekian, terima kasih dan Wassalam.
Rabu, 4 April 2012
Pesta Songkran 2012
Sukacita dimaklumkan, PESTA SONGKRAN yang diraikan oleh masyarakat Siam pada 13-15 April setiap tahun kembali lagi pada tahun 2012 ini.
Pihak Majlis dengan ini mewara-warakan (mengwar-warkan) kepada seluruh masyarakat Malaysia berminat untuk bersama-sama memeriahkan PESTA SONGKRAN 2012 ini. Sehubungan dengan itu, semua dijemput hadir pada tarikh dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 13 April 2012 (Jumaat)
Tempat: Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak.
Masa: 9:30 pagi hingga 5:00 petang
INFO PESTA SONGKRAN
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tahun Baru Thai (Bahasa Thai: สงกรานต์ Songkran, dari istilah Sanskrit sankrānti "pergerakan astrologi") disambut sekitar 13–15 April setiap tahun di Thailand, seiringan dengan sambutan Tahun Baru bagi kebanyakan takwim tradisional yang dipakai di Asia Selatan dan Asia Tenggara.
Asalnya, tarikh perayaan ditentukan berdasarkan perhitungan astrologi, tetapi sekarang ditetapkan tarikh dalam takwim. Perayaan Songkran jatuh pada hari yang paling hangat dalam setiap tahun di Thailand, di penghujung musim kemarau. Mulanya, Tahun Baru Thai merupakan awal tahun di Thailand. Pada tahun 1888, tarikh tahun baru dialih ke 1 April dan pada tahun 1940, 1 Januari pula menjadi tarikh tahun baru rasmi. Semenjak tiu, sambutan tahun baru Thai masih dijadikan cuti umum.
Tradisi tahun baru
Nyata sekali perayaan Songkran diterajui adat menyimbah air. Orang ramai merayau-rayau di jalanan dengan membawa baldi berisi air atau pistol air, atau berdiri di tepi jalan sambil memegang hos lalu mecurahkan air ke arah orang lain. Adat menyimbah air asalnya merupakan cara memberi hormat kepada orang lain dengan menangkap air "bertuah" yang sudah dicurahkan untuk membersihkan patung Buddha lalu dicurahkan ke arah baru orang tua untuk memberi tuah kepada mereka sekeluarga. Bagi golongan muda pula, oleh sebab bulan April merupakan bulan terhangat di Thailand (suhunya boleh mencecah 40°C), perayaan ini dijadikan hari berseronok dengan menyimbahkan air ke arah orang lain, sehingga timbulnya gejala seperti berlawan air dan menyimbah air ke arah orang yang memandu kenderaan.
Sebenarnya kegiatan ini tidak semestinya dijadikan keutamaan dalam sambutan tahun baru. Sewajarnya, Songkran dijadikan masa untuk menziarahi dan membalas budi orang-orang tua dan sanak saudara.
Ucapan
Ucapan tradisi tahun baru berbunyi "sa-wat-dee pi mai-thai" (สวัสดีปีใหม่ไทย) yang bermaksud "Selamat tahun baru Thailand", tetapi ramai orang lebih gemar mengucapkan "suk-san wan songkran" (สุขสันต์วันสงกรานต์) iaitu "Selamat Hari Songkran" kerana pi mai lebih kepada 1 Januari.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Songkran
Ahad, 1 April 2012
Karnival Rakit Berhias 2012
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya...
KARNIVAL RAKIT BERHIAS PENGKALAN HULU 2012.
Dimaklumkan bahawa, tarikh terdahulu (iaitu 13 April 2012) adalah dibatalkan berikutan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Walaupun tarikh 'Karnival Rakit Berhias 2012' belum diwara-warakan (war-war) secara rasmi sebelum ini, namun dengan tersebarnya tarikh awal karnival ini secara meluas tidak dapat dielakkan dan telah menyebabkan berlakunya kekeliruan dikalangan ramai.
Sehubungan dengan itu, pihak Majlis dengan ini telah menetapkan tarikh rasmi KARNIVAL RAKIT BERHIAS PENGKALAN HULU 2012 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 5 MEI 2012 (SABTU)
Masa : 8:30 malam
Tempat : TAMAN TASIK TAKONG, PENGKALAN HULU
Oleh yang demikian, pihak Majlis memohon maaf sekiranya kekeliruan ini telah menyebabkan suatu bentuk kerugian kepada yang mengikutinya.
Sebarang berita terkini akan disampaikan dari masa-kesemasa melalui media MDPH seperti berikut:
1.http://www.mdph.gov.my/
2.http://myemdph.blogspot.com/
3.Google+: https://plus.google.com/
4.Twitter: http://twitter.com/intent/
5.Facebook: http://www.facebook.com/pages/
Segala kesulitan amat dikesali.
Sekian, terima kasih dan Wassalam.
7:31 PTG
Unknown


















