Ahad, 24 Jun 2012

Pertandingan Fotografi Terbuka



PERTANDINGAN FOTOGRAFI TERBUKA
KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III
PENGKALAN HULU
SEMPENA TAHUN MELAWAT PERAK 2012
ANJURAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

Dengan kerjasama Angkatan Senifoto Negeri Perak (ASFON Perak)

Objektif

Untuk menarik minat masyarakat setempat dan masyarakat luar untuk mengenali Pengkalan Hulu secara lebih dekat di bawah produk pelancongan negeri Perak khasnya Karnival Rakit Berhias Taman Tasik Takong Edisi III.

Konsep

Mempromosikan persekitaran, kebudayaan dan meningkatkan perpaduan untuk menarik lebih ramai pelancong terutamanya pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara agar lebih berminat untuk datang dan melawat serta menjadikan Pengkalan Hulu sebagai salah satu destinasi wajib pelancongan kepada mereka pada tahun 2012 dan tahun yang seterusnya.

Kamera / Foto

Penggunaan kamera adalah bebas dari segi jenis, jenama dan bentuk seperti "Compact Camera" sama ada Digital atau Filem atau kamera "DSLR" atau kamera "SLR". Teknik mengambil gambar juga adalah bebas, foto yang telah dirakam, adalah dilarang menggunakan teknik olahan atau pengubahsuaian secara penggunaan perisian komputer.

Foto mestilah asli dan hendaklah dicetak di dalam ukuran saiz atau 8" X 12" dan dilekatkan di atas "Mounting Board" berukuran 10" X 14" berwarana gelap.

Peserta hendaklah dan wajib menyertakan bersama salinan digital foto yang dimuatkan ke dalam CD atau Filem bagi setiap foto yang dihantar untuk dipertandingkan. Setiap keping gambar / CD atau Filem yang telah di hantar akan menjadi hakmilik Penganjur dan pihak pihak Penganjur mempunyai hak ke atas setiap keping gambar / CD atau Filem tersebut bagi kegunaan publisiti / Pameran atu percetakan dari masa ke semasa bila diperlukan.

Untuk muat turung borang penyertaan dan syarat, sila klik di bawah:





TEMA:

MASYARAKAT HARMONI DAN BERSATU PADU


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

1.        Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, Penyertaan daripada Urusetia Pertandingan adalah tidak dibenarkan.

2.        Foto yang dirakam di sekitar KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III sahaja yang layak untuk dipertandingkan.

3.        KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III diterjemahkan sebagai:

“KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Pengkalan Hulu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak, agensi Kerajaan di Daerah Kecil Pengkalan Hulu dan agensi bukan kerajaan yang berkaitan pada 30 Jun 2012 (Sabtu) yang bermula pada 8.00 malam.

Bagi penyesuaian terhadap pertandingan fotografi ini, KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III diterjemahkan bermula pada 8.00 pagi 29 Jun 2012 (Jumaat) dan berakhir pada 11.59 malam 1 Julai 2012 (Ahad).”

4.        Rakaman foto tidak hanya terikat kepada rakit berhias. Rakaman foto sekitar KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III adalah diterjemahkan seperti berikut:

i.      Telatah pengunjung dan masyarakat di sekitar karnival;
ii.     Acara-acara yang dilangsungkan atau yang dipertandingkan;
iii.    Gelagat dan usaha peserta bekerjasama menghias dan menyiapkan rakit;
iv.   Landskap sekitar karnival;
v.    Setiap pergerakan, kejadian, peristiwa sepanjang karnival di kawasan karnival; dan
vi.   Sebarang yang difikirkan mempunyai nilai estetika kepada KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III.

5.        Penyertaan foto bagi setiap peserta tidak dihadkan. Namun tertakluk kepada setiap foto yang dipertandingkan dikenakan caj sebanyak RM5.00 bagi setiap foto. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang Pos (Money Order) atau bayaran secara tunai kepada “Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Pengkalan Hulu”.Bagi bayaran secara tunai, sila pastikan anda mendapat resit rasmi sebagai bukti pembayaran.

6.        Foto yang dipertandingkan mestilah asli dari dayausaha dan kreativiti sendiri, olahan, pemurnian atau pengubahsuaian dengan menggunakan perisian komputer adalah dilarang dan penyertaan akan dibatalkan. Foto hendaklah yang belum pernah dipertandingkan atau memenangi mana-mana pertandingan peringkat temapatan, nasional atau antarabangsa. Setiap gambar yang dihantar hendaklah disertakan bersama filem atau salinan digital yang dimuatkan ke dalam cakera padat digital (CD). Salinan digital hendaklah dengan resolusi 8 megapixel dan ke atas.

7.        Foto yang dipertandingkan hendaklah dicetak berukuran 8” X 12” dan dilekatkan di atas “Mounting Board” berwarna gelap berukuran berukuran 10” X 14”.

8.        Borang Penyertaan asal atau fotokopi hendaklah dilekatkan dibelakang setiap keping gambar yang dihantar, gambar beserta borang dan Kiriman Wang Pos yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan/sampai kepada Urusetia Pertandingan pada atau sebelum tarikh tutup pertandingan seperti berikut:

Alamat urusetia pertandingan:

Urusetia Pertandingan Fotografi
d/a: Majlis Daerah Pengkalan Hulu
33100 Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.

Tarikh tutup pertandingan:

13 Julai, 2012 (Jumaat) 5.00 petang.

9.        Semua gambar-gambar yang dihantar untuk penyertaan akan menjadi hakmilik penganjur. Penganjur adalah berhak untuk menghasilkan semula atau mencetak semula bagi tujuan Publisiti, Pameran atau Penyiaran tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu daripada peserta dan peserta hendaklah mengaku serta bersetuju tidak akan membuat sebarang tuntutan kewangan atau lain-lain tuntutan melalui pihak ketiga selepas borang penyertaan ditandatangan dan diterima.

10.      Keputusan panel hakim adalah muktamad.

HADIAH:

PERTAMA    : RM500 00 / dan Sijil Penyertaan
KEDUA        : RM300.00 / dan Sijil Penyertaan
KETIGA       : RM200.00 / dan Sijil Penyertaan

URUSETIA PERTANDINGAN:
HAIRUL: 04-4778148 @ EMEL: fotokrb3@mdph.gov.my

Maklumat lanjut:
Portal MDPH                    : http://www.mdph.gov.my
Blog MDPH                       : http://myemdph.blospot.com
Facebook MDPH              : http://www.facebook.com/klikmdph

Sebarang maklumat atau pengumuman akan disebarkan melalui laman sesawang yang disenaraikan di atas.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Hostgator Coupon Code