Ahad, 12 Ogos 2012

Kembara Mahabbah Aidilfitri 1433


KEMBARA MAHABBAH AIDILFITRI ini merupakan program anjuran MMS, MDPH. Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberi sumbangan hamper sempena Aidilfitri kepada rumah-rumah anak yatim & miskin  yang terdapat di Pengkalan Hulu iaitu:-

  1. Asrama Anak-anak  Yatim  & Miskin At-Taqwa
  2. Rumah Anak-anak Yatim Al—Taqwa
  3. Rumah Anak-anak Yatim Abu Nur
Objektif :
  • Dapat mengeratkan lagi ukhwah antara ahli MMS, warga MDPH dan rakyat
  • Meringankan beban anak-anak yatim & miskin
  • Dapat menyelami isu dan masalah yang di alami oleh anak-anak yatim & miskin
Tarikh Program : 15 OGOS 2012 ( RABU)
Sumbangan Hamper:

Ahli MMS di dalam usaha  mengumpul hamper-hamper untuk disumbangkan kepada golongan anak-anak yatim & miskin yang menetap di 3 buah asrama di Pengkalan Hulu. Hamper-hamper  yang disediakan adalah bernilai RM 30.00 setiap satu.

Ahli MMS amat mengalu-alukan sumbangan hamper bernilai RM 30.00  daripada semua pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim & miskin ini.

Sekiranya tuan/puan ingin menyalurkan sumbangan hamper sila berhubung terus dengan ahli jawatankuasa program seperti berikut:-
  1. En.Kannesan A/L Krishnan : 019-4219851
  2. Hajjah Noriha Bt Ahmad : 019-4743165
  3. En.Zulhasmi B. Mohd Zabidi : 013-4082498
  4. En.Md.Daud B.Yaakub : 011-5050459
Ahli MMS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi untuk menghulurkan sumbangan hamper bagi menjayakan program tersebut

Di kesempatan ini semua ahli MMS, Majlis Daerah Pengkalan Hulu mengucapkan :-
SELAMAT BERPUASA
&
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Rabu, 8 Ogos 2012

Notis Tawaran Menyewa Premis MDPH - Ogos



BIL.(96)DLM.MDPH.P41/2 Jld.7
TARIKH: 9HB. OGOS 2012


NOTIS TAWARAN MENYEWA PREMIS
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

ORANG RAMAI ADALAH DIPELAWA UNTUK MENYEWA PREMIS SEPERTI SENARAI DI BAWAH :-

Bil
LOKASI
STATUS GERAI

1

KANTIN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU


KANTIN

2

GERAI NO. B2 DATARAN MAJLIS
JALAN BETONG


GERAI PELBAGAI


BORANG PERMOHONAN PENYEWAAN GERAI BOLEH DIDAPATI DI KAUNTER PERTANYAAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU PADA WAKTU PEJABAT.

**BORANG PERMOHONAN DIJUAL DENGAN HARGA RM 10.00

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 23HB. OGOS 2012.

( AHMAD SARIZI BIN ISMAIL )
B.P.  YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU
PERAK DARUL RIDZUAN

Malam Lailatul Qadar



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya:

"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam."

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.:

Maksudnya:

"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya:

"Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain."

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya:

"Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil."

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya,

"Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."

Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya:

"Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27."

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi:

Maksudnya:

"Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:

"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:

Maksudnya:

"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku."

- Petikan dari : FIQH & Perundangan Islam Jilid II : Wahbah al-Zuhaili : Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.



-Artikel iluvislam.com

Insentif Bayaran Cukai Taksiran Am MDPH

INSENTIF BAYARAN CUKAI TAKSIRAN AM MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU 

Ruj. Tuan         :
Ruj. Kami        :  Bil.(29)dlm.KAD/A12/8
Tarikh              :  20 Ramadhan 1433
                          9 Ogos 2012

Semua Pemilik Premis (Hartanah)
Kawasan Pengkalan Hulu, Klian Intan dan Tasek.

INSENTIF BAYARAN CUKAI TAKSIRAN AM MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan sukacita dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Penuh Bil. 7/2012 yang bersidang pada 25 Julai 2012 yang lalu telah bersetuju untuk memberi insentif seperti berikut:

"Bahawasanya, Cukai Taksiran Am yang tertunggak dan dicaj ke atasnya Notis E, dan seterunya terkumpul menjadi suatu tunggakan yang berlanjutan, Cukai Taksiran Am berserta Tunggakan Cukai Taksiran Am yang tersebut sekiranya dapat dilangsaikan secara keseluruhannya sebelum atau pada 29 September 2012, maka dengan ini Majlis bersetuju untuk memansuhkan Notis E yang tertanggung ke atas akaun Cukai Taksiran Am yang berkenaan."

2.         Sehubungan dengan itu, pihak Majlis mengambil keputusan yang dinyatakan di atas dan menawarkan insentif ini kepada semua pembayar cukai taksiran am bagi harta-harta yang dikenakan cukai di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu mengikut tempoh yang termaktub seperti berikut:

"Bahawasanya tawaran ini hanya terhad untuk tempoh sehingga 29 September 2012 sahaja."

3.         Pihak Majlis dengan ini mengalu-alukan semua yang berkenaan untuk mengambil peluang ini bagi meringankan beban tunggakan cukai taksiran am terhadap akaun masing-masing.

Sekian, harap maklum

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(MOHD SYUKRI BIN AZAARI)
Yang Dipertua
Majlis Daerah Pengkalan Hulu
Perak Darul Ridzuan

Sabtu, 28 Julai 2012

Keberangkatan DYMM Pemangku Raja Perak ke Pengkalan Hulu


Merafak Sembah dan Mengalu-alukan

Keberangkatan

Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan
Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Ke Pengkalan Hulu

sempena

Majlis Perasmian Masjid Jamek Pengkalan Hulu dan Majlis Berbuka Puasa
Pada 31 Julai 2012 bersamaan 11 Ramadhan 1433
hari selasa bermula 6.00 petang

di Pengkarangan Masjid Jamek Pengkalan Hulu

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bersama-sama menikmati juadah berbuka dan seterusnya bersama-sama menunaikan solat.

Dari seluruh warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan seluruh hamba rakyat Pengkalan Hulu.

DAULAT TUANKU!

Khamis, 19 Julai 2012

Salam Ramadhan 1433h

iluvislam.com
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Buat sekellian muslimin dan muslimah... Warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu seluruhnya mengucapkan Salam Ramadhan 1433 hijrah dan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan kesyukuran.

INGAT!!!

Banyakkan SOLAT SUNAT! (solat wajib jangan lupa!)
Khatam AL-QUR'AN!
Banyakkan BERDOA!
Lazim I'TIQAF!
Selalu BERSEDEKAH!

InsyaAllah puasa kita akan diterima dan semoga ibadah kita balasannya syurga...

Wassalam.

Jumaat, 13 Julai 2012

Taklimat Bazar Ramadhan 1432





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sucita dimaklumkan bahawa satu taklimat daripada Pejabat Kesihatan Pengkalan Hulu kepada bakal peniaga Bazar Ramadhan Pengkalan Hulu seperti berikut:

Tarikh : 17 Julai 2012 (Selasa)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Pengkalan Hulu.

Semua bakal peniaga Bazar Ramadhan Pengalan Hulu tahun 1432h/2012 adalah diwajibkan hadir.

Sekian, harap maklum.

Isnin, 9 Julai 2012

Sekitar Karnival Rakit Berhias Edisi III


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Seperti yang dijanjikan, anda boleh melihat antara foto yang menarik sekitar Karnival Rakit Berhias Taman Tasik Takong Edisi III yang berlangsung pada 30 Jun 2012 di Pengkalan Hulu.


Untuk foto yang lain sila ke: http://tour2myemdph.blogspot.com/

Foto oleh: TeamFotoMDPH

Khamis, 5 Julai 2012

Bil Cukai Taksiram Am 2/2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa bil cukai taksiran am (cukai pintu) Majlis Daerah Pengkalan Hulu bagi peggal ke-2 bagi tahun 2012 telah diproses dan dicetak. Kepada pembayar cukai taksiran am Majlis Daerah Pengkalan Hulu, bil anda akan dihantar ke alamat anda pada waktu terdekat ini. Namun begitu, bagi sesiapa yang ingin membayar cukai taksiran am tersebut, anda boleh terus ke kaunter Majlis Daerah Pengkalan Hulu untuk membuat bayaran. Sila nyatakan no kad pengenalan atau no akaun cukai taksiran am anda bagi memudahkan carian bil anda.

Dimaklumkan juga, Majlis Daerah Pengkalan Hulu boleh menerima bayaran bagi cukai taksiran am dari Majlis Bandaraya/Perbandaran/Daerah lain dari seluruh negeri Perak dengan syarat anda perlu membawa bil cukai taksiran am terkini daripada PBT berkenaan.


Sekian, harap maklum...

Rabu, 27 Jun 2012

Pelan Susun Atur Karnival Rakit Berhias Edisi III

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Slam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya...

Pengumuman!!!

Sila ambil perhatian. Bahawasanya di bawah ini dipertontonkan pelan susun atur tapak Karnival Rakit Berhias Edisi III di Taman Tasik Takong, Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.

Kepada yang membawa kenderaan, sila pastikan kenderaan anda diletakkan di tempat yang selamat dan tidak menggangku kelancaran lalu-lintas. Pastikan kenderaan anda tidak diletakkan di tempat-tempat berikut:

  1. Sepanjang Jalan Tasek yang dikhaskan untuk perniagaan (ditunjukkan dalam pelan dengan perkataan "DERETAN GERAI-GERAI);
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban (dikhaskan untuk parkir kenderaan VIP dan petugas sahaja); dan
  3. Dewan Bandaran Pengkalan Hulu (dikhaskan untuk parkir Urusetia dan Petugas)
Pastikan anda mengikut nasihat dan arahan pegawai yang bertugas (POLIS, RELA, JPAM, MDPH, BOMBA dan lain-lain) bagi memastikan keselamatan anda dan kelancaran Karnival.

Sebarang info, sila layari:

Portal MDPH       : http://www.mdph.gov.my
blog MDPH          : http://myemdph.blogspot.com
facebook MDPH  : http://www.facebook.com/klikmdph
                              @ page MDPH

Pelan Susun Atur Karnival Rakit Berhias Edisi III

Sekian, harap maklum dan Wassalam.

Ahad, 24 Jun 2012

Pertandingan Fotografi Terbuka



PERTANDINGAN FOTOGRAFI TERBUKA
KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III
PENGKALAN HULU
SEMPENA TAHUN MELAWAT PERAK 2012
ANJURAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

Dengan kerjasama Angkatan Senifoto Negeri Perak (ASFON Perak)

Objektif

Untuk menarik minat masyarakat setempat dan masyarakat luar untuk mengenali Pengkalan Hulu secara lebih dekat di bawah produk pelancongan negeri Perak khasnya Karnival Rakit Berhias Taman Tasik Takong Edisi III.

Konsep

Mempromosikan persekitaran, kebudayaan dan meningkatkan perpaduan untuk menarik lebih ramai pelancong terutamanya pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara agar lebih berminat untuk datang dan melawat serta menjadikan Pengkalan Hulu sebagai salah satu destinasi wajib pelancongan kepada mereka pada tahun 2012 dan tahun yang seterusnya.

Kamera / Foto

Penggunaan kamera adalah bebas dari segi jenis, jenama dan bentuk seperti "Compact Camera" sama ada Digital atau Filem atau kamera "DSLR" atau kamera "SLR". Teknik mengambil gambar juga adalah bebas, foto yang telah dirakam, adalah dilarang menggunakan teknik olahan atau pengubahsuaian secara penggunaan perisian komputer.

Foto mestilah asli dan hendaklah dicetak di dalam ukuran saiz atau 8" X 12" dan dilekatkan di atas "Mounting Board" berukuran 10" X 14" berwarana gelap.

Peserta hendaklah dan wajib menyertakan bersama salinan digital foto yang dimuatkan ke dalam CD atau Filem bagi setiap foto yang dihantar untuk dipertandingkan. Setiap keping gambar / CD atau Filem yang telah di hantar akan menjadi hakmilik Penganjur dan pihak pihak Penganjur mempunyai hak ke atas setiap keping gambar / CD atau Filem tersebut bagi kegunaan publisiti / Pameran atu percetakan dari masa ke semasa bila diperlukan.

Untuk muat turung borang penyertaan dan syarat, sila klik di bawah:





TEMA:

MASYARAKAT HARMONI DAN BERSATU PADU


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

1.        Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, Penyertaan daripada Urusetia Pertandingan adalah tidak dibenarkan.

2.        Foto yang dirakam di sekitar KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III sahaja yang layak untuk dipertandingkan.

3.        KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III diterjemahkan sebagai:

“KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Pengkalan Hulu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak, agensi Kerajaan di Daerah Kecil Pengkalan Hulu dan agensi bukan kerajaan yang berkaitan pada 30 Jun 2012 (Sabtu) yang bermula pada 8.00 malam.

Bagi penyesuaian terhadap pertandingan fotografi ini, KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III diterjemahkan bermula pada 8.00 pagi 29 Jun 2012 (Jumaat) dan berakhir pada 11.59 malam 1 Julai 2012 (Ahad).”

4.        Rakaman foto tidak hanya terikat kepada rakit berhias. Rakaman foto sekitar KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III adalah diterjemahkan seperti berikut:

i.      Telatah pengunjung dan masyarakat di sekitar karnival;
ii.     Acara-acara yang dilangsungkan atau yang dipertandingkan;
iii.    Gelagat dan usaha peserta bekerjasama menghias dan menyiapkan rakit;
iv.   Landskap sekitar karnival;
v.    Setiap pergerakan, kejadian, peristiwa sepanjang karnival di kawasan karnival; dan
vi.   Sebarang yang difikirkan mempunyai nilai estetika kepada KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III.

5.        Penyertaan foto bagi setiap peserta tidak dihadkan. Namun tertakluk kepada setiap foto yang dipertandingkan dikenakan caj sebanyak RM5.00 bagi setiap foto. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang Pos (Money Order) atau bayaran secara tunai kepada “Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Pengkalan Hulu”.Bagi bayaran secara tunai, sila pastikan anda mendapat resit rasmi sebagai bukti pembayaran.

6.        Foto yang dipertandingkan mestilah asli dari dayausaha dan kreativiti sendiri, olahan, pemurnian atau pengubahsuaian dengan menggunakan perisian komputer adalah dilarang dan penyertaan akan dibatalkan. Foto hendaklah yang belum pernah dipertandingkan atau memenangi mana-mana pertandingan peringkat temapatan, nasional atau antarabangsa. Setiap gambar yang dihantar hendaklah disertakan bersama filem atau salinan digital yang dimuatkan ke dalam cakera padat digital (CD). Salinan digital hendaklah dengan resolusi 8 megapixel dan ke atas.

7.        Foto yang dipertandingkan hendaklah dicetak berukuran 8” X 12” dan dilekatkan di atas “Mounting Board” berwarna gelap berukuran berukuran 10” X 14”.

8.        Borang Penyertaan asal atau fotokopi hendaklah dilekatkan dibelakang setiap keping gambar yang dihantar, gambar beserta borang dan Kiriman Wang Pos yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan/sampai kepada Urusetia Pertandingan pada atau sebelum tarikh tutup pertandingan seperti berikut:

Alamat urusetia pertandingan:

Urusetia Pertandingan Fotografi
d/a: Majlis Daerah Pengkalan Hulu
33100 Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.

Tarikh tutup pertandingan:

13 Julai, 2012 (Jumaat) 5.00 petang.

9.        Semua gambar-gambar yang dihantar untuk penyertaan akan menjadi hakmilik penganjur. Penganjur adalah berhak untuk menghasilkan semula atau mencetak semula bagi tujuan Publisiti, Pameran atau Penyiaran tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu daripada peserta dan peserta hendaklah mengaku serta bersetuju tidak akan membuat sebarang tuntutan kewangan atau lain-lain tuntutan melalui pihak ketiga selepas borang penyertaan ditandatangan dan diterima.

10.      Keputusan panel hakim adalah muktamad.

HADIAH:

PERTAMA    : RM500 00 / dan Sijil Penyertaan
KEDUA        : RM300.00 / dan Sijil Penyertaan
KETIGA       : RM200.00 / dan Sijil Penyertaan

URUSETIA PERTANDINGAN:
HAIRUL: 04-4778148 @ EMEL: fotokrb3@mdph.gov.my

Maklumat lanjut:
Portal MDPH                    : http://www.mdph.gov.my
Blog MDPH                       : http://myemdph.blospot.com
Facebook MDPH              : http://www.facebook.com/klikmdph

Sebarang maklumat atau pengumuman akan disebarkan melalui laman sesawang yang disenaraikan di atas.

Selasa, 19 Jun 2012

Lot Perniagaan di Tapak Karnival Rakit Berhias Edisi III


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera...

Dimaklumkan kepada semua pemohon lot perniagaan di Tapak Karnival Rakit Berhias Edisi III bahawasanya:
  1. Bayaran untuk menyewa lot tersebut hendaklah dibuat pada 25 Jun 2012 (Isnin) seperti surat yang telah diedarkan.
  2. Pemilikan lot akan diumumkan semasa pembayaran dibuat.
Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta hadir ke Pejabat Majlis Daerah Pengkalan Hulu pada 25 Jun 2012 (Isnin) pada waktu pejabat (8.00 pagi - 5.00 petang) untuk menjelaskan bayaran dan mengetahui tapak perniagaan.

Sekian, terima kasih dan harap maklum.

Ahad, 10 Jun 2012

Tawaran Berniaga di Tapak Bazar Ramadhan Pengkalan Hulu



NOTIS TAWARAN
BERNIAGA DI TAPAK BAZAR RAMADHAN
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

ORANG RAMAI ADALAH DIPELAWA UNTUK BERNIAGA DI TAPAK BAZAR RAMADHAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU DENGAN KEMUDAHAN  SEPERTI DI BAWAH :


  1. PETAK BERNIAGA BERBUMBUNG (10’ x 10’)
  2. PERKHIDMATAN ELEKTRIK (LAMPU)
  3. PEMBEKALAN PLASTIK SAMPAH HITAM SETIAP HARI
  4. PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN LAIN-LAIN PERKHIDMATAN


KADAR CAJ PERKHIDMATAN RM180.00


BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DENGAN PERCUMA DI KAUNTER PERTANYAAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU PADA WAKTU PEJABAT.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 29 JUN 2012.

TEMPAT ADALAH TERHAD

Selasa, 5 Jun 2012

Karnival Rakit Berhias 2012 - 30 Jun 2012

KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG PENGKALAN HULU 2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa, Karnival Rakit Berhias Taman Tasik Takong Pengkalan Hulu 2012 akan diadakan pada 30 Jun 2012 (Sabtu) bermula pada jam 8:30 malam bertempat di Taman Tasik Takong.

Seluruh masyarakat dijemput hadir bagi memeriahkan acara.

 Penyertaan Pertandingan Rakit Berhias.

Bagi yang ingin menyertai Pertandingan Rakit Berhias, sila hubungi Urusetia Karnival Rakit Berhias 2012 di no. 04-4778148 dan sila bercakap dengan Puan Azuriani atau Cik Nazrah untuk maklumat lanjut.

Sekian terima kasih.

        

Selasa, 29 Mei 2012

Tawaran Perniagaan di Karnival Rakit Berhias 2012


NOTIS TAWARAN
MENYEWA TAPAK PERNIAGAAN KARNIVAL RAKIT BERHIAS PENGKALAN HULU 2012


TAWARAN DIBUKA KEPADA ORANG RAMAI / PERTUBUHAN DAN SYARIKAT YANG BERMINAT UNTUK  PENYEWA TAPAK PERNIAGAAN YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK MDPH .

  1. BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DENGAN PERCUMA DI KAUNTER PERTANYAAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU PADA WAKTU PEJABAT.
  2. TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 11HB. JUN 2012.
  3. TAPAK PERNIAGAAN ADALAH TERHAD, DENGAN INI PIHAK MAJLIS AKAN MENGUTAMAKAN PADA INDIVIDU / SYARIKAT YANG MENGHANTAR BORANG TERLEBIH DAHULU.
  4. UNTUK SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI PUAN AZLIN DI TALIAN TEL :04-4778148,FAX :04-4778735



*KARNIVAL AKAN BERLANGSUNG PADA 30HB. JUN 2012.

Jumaat, 4 Mei 2012

Perlawanan Akhir Piala KPPD 2012


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera..

Malam ini bermula jam 8:30 malam, akan berlangsung perlawanan akhir Liga Bola Sepak Piala Ketua Penolong Pegawai Daerah Pengkalan Hulu (Piala KPPD) tahun 2012. Perlawanan akan diadakan di Padang Bandaran, Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Acara akan dirasmikan oleh YB. Tan Sri Dato' Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli bin Mohd Ghazali seterusnya akan menyempurnakan acara penyeampaian hadiah kepada pemenang.

Pasukan yang akan bertanding di perlawanan akhir malam ini adalah:

KELAB BELL BELIA TAMIL (KBBL)
VS
3 REJIMEN SEMPADAN (3RS)

Orang ramai adalah dijemput hadir bagi memberikan sokongan dan sorakan kepada pasukan kegemaran anda. Datanglah dengan semangat kesukanan dan setia kawan. Datanglah dengan semangat berkobar-kobar untuk mengeratkan perpaduan.

Bagi pasukan yang bertanding, bermainlah dengan semangat kesukana yang jitu. Hidupkan sukan yang sihat supaya Pengkalan Hulu sentiasa ceria.

Khamis, 3 Mei 2012

NOTIS TAWARAN MENYEWA PREMIS


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pengumuman kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa gerai Majlis Daerah Pengkalan Hulu, anda adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan seperti yang dinyatakan dalam notis di bawah:

NOTIS TAWARAN MENYEWA PREMIS
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

ORANG RAMAI ADALAH DIPELAWA UNTUK MENYEWA PREMIS SEPERTI SENARAI DI BAWAH:

BIL.
LOKASI
STATUS GERAI
1.
GERAI NO. 9, MEDAH SELERA,
JALAN ISKANDAR.
GERAI PELBAGAI
2.
GERAI NO. 1, JALAN KLIAN INTAN,
JALAN KLIAN INTAN.
GERAI KERING
3.
GERAI NO. B2, DATARAN MAJLIS,
JALAN BETONG.
GERAI PELBAGAI
4.
KIOSK JALAN KLIAN INTAN,
JALAN KLIAN INTAN.
GERAI KERING

BORANG PERMOHONAN PENYEWAAN GERAI BOLEH DIDAPATI DI KAUNTER PERTANYAAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU PADA WAKTI PEJABAT.

BORANG PERMOHONAN DIJUAL DENGAN HARGA:
RM10.00

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA:
11 MEI 2012

(MOHD SHAH NIZAM BIN ABDUL AZIZ)
B.P. YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU
PERAK DARUL RIDZUAN.

Isnin, 16 April 2012

Daulat Tuanku

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Diputerakan pada 19hb April 1928 di Batu Gajah, Perak D.Y.M.M. Tuanku kini akan menyambut ulang tahun keputeraan Baginda yang ke 84.


Seluruh warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu menjunjung kasih dan merafak sembah takzim sempena sambutan ulang tahun keputeraan Tuanku pada 19 April 2012.


DAULAT TUANKU
Semoga Allah lanjutkan usia dengan iman


Wassalam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Hostgator Coupon Code