Rabu, 8 Ogos 2012

Insentif Bayaran Cukai Taksiran Am MDPH

INSENTIF BAYARAN CUKAI TAKSIRAN AM MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU 

Ruj. Tuan         :
Ruj. Kami        :  Bil.(29)dlm.KAD/A12/8
Tarikh              :  20 Ramadhan 1433
                          9 Ogos 2012

Semua Pemilik Premis (Hartanah)
Kawasan Pengkalan Hulu, Klian Intan dan Tasek.

INSENTIF BAYARAN CUKAI TAKSIRAN AM MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan sukacita dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Penuh Bil. 7/2012 yang bersidang pada 25 Julai 2012 yang lalu telah bersetuju untuk memberi insentif seperti berikut:

"Bahawasanya, Cukai Taksiran Am yang tertunggak dan dicaj ke atasnya Notis E, dan seterunya terkumpul menjadi suatu tunggakan yang berlanjutan, Cukai Taksiran Am berserta Tunggakan Cukai Taksiran Am yang tersebut sekiranya dapat dilangsaikan secara keseluruhannya sebelum atau pada 29 September 2012, maka dengan ini Majlis bersetuju untuk memansuhkan Notis E yang tertanggung ke atas akaun Cukai Taksiran Am yang berkenaan."

2.         Sehubungan dengan itu, pihak Majlis mengambil keputusan yang dinyatakan di atas dan menawarkan insentif ini kepada semua pembayar cukai taksiran am bagi harta-harta yang dikenakan cukai di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu mengikut tempoh yang termaktub seperti berikut:

"Bahawasanya tawaran ini hanya terhad untuk tempoh sehingga 29 September 2012 sahaja."

3.         Pihak Majlis dengan ini mengalu-alukan semua yang berkenaan untuk mengambil peluang ini bagi meringankan beban tunggakan cukai taksiran am terhadap akaun masing-masing.

Sekian, harap maklum

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(MOHD SYUKRI BIN AZAARI)
Yang Dipertua
Majlis Daerah Pengkalan Hulu
Perak Darul Ridzuan

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Hostgator Coupon Code