Ahad, 12 Ogos 2012

Kembara Mahabbah Aidilfitri 1433


KEMBARA MAHABBAH AIDILFITRI ini merupakan program anjuran MMS, MDPH. Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberi sumbangan hamper sempena Aidilfitri kepada rumah-rumah anak yatim & miskin  yang terdapat di Pengkalan Hulu iaitu:-

  1. Asrama Anak-anak  Yatim  & Miskin At-Taqwa
  2. Rumah Anak-anak Yatim Al—Taqwa
  3. Rumah Anak-anak Yatim Abu Nur
Objektif :
  • Dapat mengeratkan lagi ukhwah antara ahli MMS, warga MDPH dan rakyat
  • Meringankan beban anak-anak yatim & miskin
  • Dapat menyelami isu dan masalah yang di alami oleh anak-anak yatim & miskin
Tarikh Program : 15 OGOS 2012 ( RABU)
Sumbangan Hamper:

Ahli MMS di dalam usaha  mengumpul hamper-hamper untuk disumbangkan kepada golongan anak-anak yatim & miskin yang menetap di 3 buah asrama di Pengkalan Hulu. Hamper-hamper  yang disediakan adalah bernilai RM 30.00 setiap satu.

Ahli MMS amat mengalu-alukan sumbangan hamper bernilai RM 30.00  daripada semua pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim & miskin ini.

Sekiranya tuan/puan ingin menyalurkan sumbangan hamper sila berhubung terus dengan ahli jawatankuasa program seperti berikut:-
  1. En.Kannesan A/L Krishnan : 019-4219851
  2. Hajjah Noriha Bt Ahmad : 019-4743165
  3. En.Zulhasmi B. Mohd Zabidi : 013-4082498
  4. En.Md.Daud B.Yaakub : 011-5050459
Ahli MMS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi untuk menghulurkan sumbangan hamper bagi menjayakan program tersebut

Di kesempatan ini semua ahli MMS, Majlis Daerah Pengkalan Hulu mengucapkan :-
SELAMAT BERPUASA
&
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Rabu, 8 Ogos 2012

Notis Tawaran Menyewa Premis MDPH - Ogos



BIL.(96)DLM.MDPH.P41/2 Jld.7
TARIKH: 9HB. OGOS 2012


NOTIS TAWARAN MENYEWA PREMIS
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

ORANG RAMAI ADALAH DIPELAWA UNTUK MENYEWA PREMIS SEPERTI SENARAI DI BAWAH :-

Bil
LOKASI
STATUS GERAI

1

KANTIN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU


KANTIN

2

GERAI NO. B2 DATARAN MAJLIS
JALAN BETONG


GERAI PELBAGAI


BORANG PERMOHONAN PENYEWAAN GERAI BOLEH DIDAPATI DI KAUNTER PERTANYAAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU PADA WAKTU PEJABAT.

**BORANG PERMOHONAN DIJUAL DENGAN HARGA RM 10.00

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 23HB. OGOS 2012.

( AHMAD SARIZI BIN ISMAIL )
B.P.  YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU
PERAK DARUL RIDZUAN

Malam Lailatul Qadar



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya:

"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam."

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.:

Maksudnya:

"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya:

"Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain."

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya:

"Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil."

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya,

"Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."

Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya:

"Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27."

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi:

Maksudnya:

"Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:

"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:

Maksudnya:

"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku."

- Petikan dari : FIQH & Perundangan Islam Jilid II : Wahbah al-Zuhaili : Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.



-Artikel iluvislam.com

Insentif Bayaran Cukai Taksiran Am MDPH

INSENTIF BAYARAN CUKAI TAKSIRAN AM MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU 

Ruj. Tuan         :
Ruj. Kami        :  Bil.(29)dlm.KAD/A12/8
Tarikh              :  20 Ramadhan 1433
                          9 Ogos 2012

Semua Pemilik Premis (Hartanah)
Kawasan Pengkalan Hulu, Klian Intan dan Tasek.

INSENTIF BAYARAN CUKAI TAKSIRAN AM MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan sukacita dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Penuh Bil. 7/2012 yang bersidang pada 25 Julai 2012 yang lalu telah bersetuju untuk memberi insentif seperti berikut:

"Bahawasanya, Cukai Taksiran Am yang tertunggak dan dicaj ke atasnya Notis E, dan seterunya terkumpul menjadi suatu tunggakan yang berlanjutan, Cukai Taksiran Am berserta Tunggakan Cukai Taksiran Am yang tersebut sekiranya dapat dilangsaikan secara keseluruhannya sebelum atau pada 29 September 2012, maka dengan ini Majlis bersetuju untuk memansuhkan Notis E yang tertanggung ke atas akaun Cukai Taksiran Am yang berkenaan."

2.         Sehubungan dengan itu, pihak Majlis mengambil keputusan yang dinyatakan di atas dan menawarkan insentif ini kepada semua pembayar cukai taksiran am bagi harta-harta yang dikenakan cukai di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu mengikut tempoh yang termaktub seperti berikut:

"Bahawasanya tawaran ini hanya terhad untuk tempoh sehingga 29 September 2012 sahaja."

3.         Pihak Majlis dengan ini mengalu-alukan semua yang berkenaan untuk mengambil peluang ini bagi meringankan beban tunggakan cukai taksiran am terhadap akaun masing-masing.

Sekian, harap maklum

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(MOHD SYUKRI BIN AZAARI)
Yang Dipertua
Majlis Daerah Pengkalan Hulu
Perak Darul Ridzuan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Hostgator Coupon Code