Isnin, 24 Oktober 2011

Selamat Hari Deepavali


Majlis Daerah Pengkalan Hulu mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut Agama Hindu di seluruh Malaysia umumnya dan di Pengkalan Hulu khasnya.

Semoga sambutan Deepavali pada tahun ini dipenuhi dengan kemeriahan, keceriaan dan penuh dengan semangat muhibbah yang mengekalkan perpaduan dan semangat toleransi berbilang kaum di Malaysia.

Bagi yang pulang kekampung untuk menyambut perayaan bersama-sama keluarga, berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat sampai ke pangkuan keluarga tersayang. Beraya bersama keluarga adalah lebih bermakna.

Selamat bercuti dan selamat pulang beraya ke kampung.

Dari warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

Ahad, 23 Oktober 2011

Kampung Tanpa Sampah Ke Dua Negara


IPOH 20 Okt. - Kampung Sungai Rokam di sini muncul “kampung tanpa sampah” kedua negara selepas Kampung Cenderamata II di Kota Kinabalu.

Pengisytiharan berkenaan dibuat oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pada satu majlis di kampung itu hari ini.

Bercakap kepada pemberita pada majlis itu, Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Datuk Rahim Mat Ariff berkata, MBI telah membelanjakan RM4 juta bagi kerja pembangunan infrastruktur dan pengindahan Kampung Sungai Rokam sebagai kampung tanpa sampah.

"Kita tertarik dengan konsep yang diperkenalkan sejak 2008 itu kerana terbukti berjaya mendidik masyarakat Kota Kinabalu betapa pentingnya untuk mengekal dan menjaga kebersihan di kawasan persekitaran mereka.

"Ia merupakan konsep yang baik dan memerlukan penyertaan semua pihak. Saya yakin sikap wargakota Ipoh akan berubah berdasarkan kepada usaha yang kita laksanakan selama ini,” katanya.

- Bernama

Jumaat, 21 Oktober 2011

Hari Keluarga 2011

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bermula esok Kelab Rekreasi dan Sukan Majlis Daerah Pengkalan Hulu menganjurkan Hari Keluarga Majlis Daerah Pengkalan Hulu 2011 di Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Ridzuan. Acara ini disertai lebih dari 40 keluarga kakitangan Majlis (147 orang).

Bermula seawal 8.00 pagi 22hb. Oktober 2011 satu konvoi yang terdiri daripada 2 buah bas dan 21 buah kereta akan bergerak menuju ke daerah Manjung.

Acara ini akan berlansung selama 2 hari iaitu bermula pada tengahari 21hb. sehingga tengahari pada 22hb. Oktober 2011.

Diharapkan hari keluarga yang dianjurkan ini akan menjadi asas pembentukan pasukan kerja dan kekeluargaan yang lebih mantap. Semoga semua peserta selamat pergi dan selamat kembali dengan suatu kenangan yang indah.

Gambar aktiviti akan disertakan pada post yang seterusnya. - Hairul

Ahad, 16 Oktober 2011

PC tewas kepada IPad dan telefon pintar


PENGGUNA kini lebih cenderung mendapatkan iPad atau Samsung Galaxy Tab 10.1 berbanding PC.

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Firma perunding Gartner kelmarin melaporkan jualan komputer peribadi (PC) di seluruh dunia merosot pada suku tahun kewangan yang berakhir baru-baru ini kerana pengguna lebih gemar membeli komputer meja dan telefon pintar.

Di AS, bilangan PC yang dieksport dalam suku kewangan ketiga tahun ini terus menurun.

"Pasaran PC pengguna terus lemah," kata penganalisis kanan Gartner, Mikako Kitagawa.

"Ia susulan gajet bukan PC termasuk tablet media seperti iPad dan telefon pintar yang semakin popular dan menjadi pilihan terkini pengguna," tambahnya.

Menurut Kitagawa lagi, Hewlett Packard (HP) kekal pengeluar komputer terbesar dunia, tetapi Lenovo yang berpangkalan di China semakin kukuh apabila jualan PC syarikat itu melonjak 25 peratus sekali gus merampas tempat kedua daripada Dell sepanjang tahun ini.

Laporan Gartner turut meramalkan tablet media dan telefon pintar akan terus memberi kesan kepada jualan PC terutama di AS. - AFP

Sultan Kedah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14



Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (tiga, kanan) bergambar bersama (dari kiri) Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-226 di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.




KUALA LUMPUR, 14 Okt. — Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara di sini hari ini.


Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Disember depan untuk tempoh lima tahun. Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Ini kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.

Sultan Abdul Halim, 83, yang kini Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang. Pemilihan dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.
Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.

Sementara itu, Sultan Muhammad V, 42, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.

Canselor Universiti Malaysia Kelantan itu diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969. — BERNAMA

Khamis, 13 Oktober 2011

Merafak Sembah Takziah


Berikutan Kemangkatan Almarhummah Raja Perempuan Muzwin binti Raja Ariff Shah pada 6 Oktober 2011 dan telah disemadikan di Makam DiRaja Kuala Kangsar pada 7 Oktober 2011.

Seluruh warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu serta seluruh hamba ratyat daerah Pengkalan Hulu Merafak Sembah Takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu, serta seluruh kaum kerabat dan keluarga diraja Perak diatas kemangkatan Raja Perempuan Perak Raja Muzwin Raja Ariff Shah. Semoga roh almarhumah ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.

Al-Fatihah.

Dari seluruh warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

Taklimat Pelesenan Indutri Burung Walit

TAKLIMAT PELESENAN PEMBANGUNAN INDUSTRI BURUNG WALIT

Sukacita dimaklumkan bahawa satu taklimat berkaitan pelesenan pembangunan industri burung walit akan diadakan seperti berikut:

Tarikh    : 2hb. November 2011 (Rabu)
Masa      : 9.30 pagi
Tempat  : Bilik Gerakan Pejabat Daerah Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.

Pengusaha burung walit atau sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang kehadiran di kaunter pelesenan MDPH.

Penyertaan dan Borang Kehadiran adalah PERCUMA

Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada Unit Pelesenan, Majlis Daerah Pengkalan Hulu melalui cara berikut:


1. Panggilan telefon di 04-4778148 (waktu pejabat sahaja);



Tarikh tutup penyertaan : 28hb. Oktober 2011.

Sekian, terima kasih dan Wassalam.

Serahan Penyata Pemilik/Penduduk

PENGUMUMAN

Kepada semua pemilik dan penduduk Kampung Baru Tasek, Mukim Belukar Semang, Pengkalan Hulu.

Sukacita dimaklumkan kepada sesiapa yang masih belum menyerahkan borang Penyata Pemilik/Penduduk yang diberikan oleh pihak Penilai (Tetuan Raine & Horne International Zaki + Partners Sdn. Bhd. (99440-T)) semasa kerja-kerja lawat periksa dimohon untuk mengembalikannya dengan segera kepada pihak Majlis. Sila serahkan borang Penyata Pemilik/Penduduk yang telah lengkap diisi dengan disertakan bersama-sama dokumen berikut:

1. Satu salinan hakmilik (geran);
2. Satu salinan bil cukai taksiran (Cukai Pintu); dan
3. Satu salinan kad pengenalan.

Sekiranya borang yang dibekalkan hilang atau ada dikalangan pemilik atau penduduk Kampung Baru Tasek, Mukim Belukar Semang, Pengkalan Hulu yang belum atau tidak menerima borang tersebut, sila muat turun borang Penyata Pemilik/Penduduk Google Docs melalui link di bawah:


Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Pengkalan Hulu melalui cara berikut:

1. Panggilan telefon di 04-4778148 (waktu pejabat sahaja);

Sekian, terima kasih dan Wassalam.

Ahad, 9 Oktober 2011

Perbanyakkan Selawat Pada Hari Jumaat

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (Riwayat Al Baihaqi)

Haji Mabrur


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kepada para pelawat sekalian, sedikit disini kita berkong perhal ibadat haji yang diwajibkan ke atas umat Islam (bagi yang mampu).

Dari Abu Hurairah ra, dia berkata, Rasulullah berkhutbah kepada kami dan beliau bersabda, 'Wahai segenap manusia, Allah telah mewajibkan ibadah haji atas kalian, maka berhajilah.' Seorang berkata, 'Wahai Rasulullah, apakah setiap tahun?' Maka beliau diam sampai orang itu mengajukan pertanyaannya tiga kali.

Maka Rasulullah saw. bersabda, 'Jika saya mengatakan 'ya' berarti menjadi wajib, dan kalian tidak akan sanggup melakukannya.' Kemudian baginda bersabda, 'Laksanakanlah apa yang telah kuperintahkan kepada kalian. Sesungguhnya binasanya orang-orang sebelum kalian ialah karena mereka banyak bertanya kepada nabinya.

Apabila aku menyuruh kalian melakukan sesuatu, maka kerjakanlah semampu kalian, dan jika aku melarang kalian melakukan sesuatu, maka tinggalkanlah ia'" (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas, dia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Bersegeralah melakukan haji (yaitu haji yang fardhu) karena kalian tidak tahu apa yang akan menimpa diri kalian." (HR Ahmad)

Nabi bersabda yang ertinya “Haji mabrur itu tidak ada balasannya kecuali syurga.” (HR Bukhari)

Wassalam.

Rabu, 5 Oktober 2011

KUASA MENJALANKAN LAWAT PERIKSA

Ruj. Tuan         :
Ruj. Kami        :  Bil.(7)dlm.MDPH.KAD/A12/14/4
Tarikh              :  30hb. Syawal 1432
                          28hb. September 2011

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN
PEMILIK-PEMILIK DAN PENGHUNI-PENGHUNI
PREMIS DI DALAM KAWASAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

Tuan/Puan,

KUASA MENJALANKAN LAWAT PERIKSA, MEMASUKI PREMIS DAN PENILAIAN DI DALAM KAWASAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.            Sukacita dimaklumkan, bahawa Tetuan Raine & Horne  International Zaki + Partners Sdn. Bhd. (99440-T) telah dilantik oleh Majlis untuk melaksanakan kerja-kerja penilaian di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

3.            Berikutan itu, pegawai-pegawai dari syarikat tersebut yang disenaraikan adalah diberi kuasa sebagai mewakili Majlis untuk mengamalkan pada amnya di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu kuasa-kuasa mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 seperti yang disenaraikan di bawah ini:

3.1.         Seksyen 110 Akta 171 - Kuasa memasuki premis;
3.2.         Seksyen 111(1)                Akta 171 - Kuasa meminta nama dan alamat; dan
3.3.         Seksyen 140 Akta 171 - Pihak Berkuasa Tempatan boleh menafsirkan nilai pegangan, mengkehendaki pemunya dan penduduk memberi penyata mengenai harta bagi maksud nilaian dan boleh pada bila-bila masa memasuki, memeriksa dan mengukurnya.

                Pegawai-pegawai yang diberi kuasa:

                i.             Sr. Rosli Bin Atan, Pengarah Projek (KP: 690826-01-5833)
ii.            Ibrahim Bin Mustapha, Pengurus Penilaian (KP: 800921-03-5677)
iii.           Wan Mohd Zulhisyam, Penolong Pengurus Penilaian (KP: 830605-10-5845)
iv.           Mohamad Fauzi Bin Othman, Pembantu Teknikal (Penilaian) (KP: 900115-09-5093)
v.            Mohd Farid Bin Zulkifli, Pembantu Teknikal (Penilaian) (KP: 901124-01-6003)
vi.           Amran Bin Mamat, Pembantu Teknikal (Pelan) (KP: 821007-11-5547)

4.            Sehubungan itu, tuan/puan adalah disarankan untuk memberikan kerjasama kepada pegawai-pegawai tersebut. Majlis juga ingin mengingatkan bahawawanya sekiranya tuan/puan enggan untuk memberikan kerjasama yang sepatutnya boleh menyebabkan tuan/puan dikenakan tindakan di bawah seksyen 140(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

5.            Kerjasama tuan/puan dalam menyempurnakan kerja-kerja ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(MOHD SYUKRI BIN AZAARI)
Yang Dipertua
Majlis Daerah Pengkalan Hulu
Perak Darul Ridzuan.

Isnin, 3 Oktober 2011

Tawaran Sewa Gerai MDPH




NOTIS TAWARAN MENYEWA PREMIS
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU

Orang ramai adalah dipelawa untuk menyewa premis seperti senarai di bawah:

BIL.
LOKASI
STATUS GERAI

1.

GERAI B1, DATARAN MAJLIS, JALAN BETONG.

GERAI MAKAN

Borang permohonan penyewaan gerai boleh diperolehi dengan kadar bayaran sebanyak RM10.00 di kaunter Majlis Daerah Pengkalan Hulu pada waktu operasi pejabat.

Maklumat selanjutnya:

Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta.
Tel : 04-4778148
Faks : 04-4778735


***Tarikh tutup permohonan 19hb. Oktober 2011

Yang Dipertua
Majlis Daerah Pengkalan Hulu
Perak Darul Ridzuan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Hostgator Coupon Code