Ahad, 23 Oktober 2011

Kampung Tanpa Sampah Ke Dua Negara


IPOH 20 Okt. - Kampung Sungai Rokam di sini muncul “kampung tanpa sampah” kedua negara selepas Kampung Cenderamata II di Kota Kinabalu.

Pengisytiharan berkenaan dibuat oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pada satu majlis di kampung itu hari ini.

Bercakap kepada pemberita pada majlis itu, Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Datuk Rahim Mat Ariff berkata, MBI telah membelanjakan RM4 juta bagi kerja pembangunan infrastruktur dan pengindahan Kampung Sungai Rokam sebagai kampung tanpa sampah.

"Kita tertarik dengan konsep yang diperkenalkan sejak 2008 itu kerana terbukti berjaya mendidik masyarakat Kota Kinabalu betapa pentingnya untuk mengekal dan menjaga kebersihan di kawasan persekitaran mereka.

"Ia merupakan konsep yang baik dan memerlukan penyertaan semua pihak. Saya yakin sikap wargakota Ipoh akan berubah berdasarkan kepada usaha yang kita laksanakan selama ini,” katanya.

- Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Hostgator Coupon Code