Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan

Khamis, 19 Julai 2012

Salam Ramadhan 1433h

iluvislam.com
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Buat sekellian muslimin dan muslimah... Warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu seluruhnya mengucapkan Salam Ramadhan 1433 hijrah dan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan kesyukuran.

INGAT!!!

Banyakkan SOLAT SUNAT! (solat wajib jangan lupa!)
Khatam AL-QUR'AN!
Banyakkan BERDOA!
Lazim I'TIQAF!
Selalu BERSEDEKAH!

InsyaAllah puasa kita akan diterima dan semoga ibadah kita balasannya syurga...

Wassalam.

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya...

Majlis Daerah Pengkalan Hulu mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 kepada semua warga Pengkalan Hulu.

Semoga di tahun baru 2012 ini akan memberikan semangat supaya kita meningkatkan usaha agar terus maju dan bersama-sama dengan Majlis Daerah Pengkalan Hulu untuk membangun dan memajukan daerah ini dengan lebih berkesan dan seimbang (dunia dan akhirat insyaAllah)...

Dari Pengurusan dan Kakitangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

Wassalam...

Jumaat, 2 Disember 2011

Salam Takziah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... Hari ini 2 Disember 2011 bersamaan 6 Muharam 1433 hijrah (Jumaat) Encik Mustafa bin Hamid (Pekerja Awam MDPH) telah pulang ke rahmatullah di Hospital Baling lebih kurang pada pukul 3 petang. Beliau yang dikenali sebagai seorang pekerja yang rajin dan patuh serta sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Al-Fatihah buat Allahyarham dan takziah kepada beluarga Allahyarham.

Sabtu, 26 November 2011

Salam Maal Ijrah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Kepada semua muslimin dan muslimat pada hari ini sekali lagi tahun berganjak menandakan umur makin bertambah dan dunia makin dimamah usia. Di kala usia semakin mendewasa dan semakin mematangkan, adalah selari dengan tanggungjawab terhadap urusan dunia dan akhirat.


Semakin maju ummat itu, semakinlah berkembang mindanya dengan segala kebaikan (itu yang sepatutnya). Sebagai tema Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini "PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH" membawa makna yang mendalam sebagai menyeru untuk penyatuan ummah yang semakin menjauh.


Sehubungan dengan itu, dikesempatan ini Warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu mengambil kesempatan untuk menyeru segenap masyarakat untuk bersatu-padu bagi membangun ummah dengan lebih gemilang.


Salam Maal Hijrah 1433 dari seluruh warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu.


"Persefahaman asas perpaduan ummah"

Sabtu, 5 November 2011

Salam Aidiladha

~ Selamat Hari Raya Aidiladha - Maaf Zahir dan Batin ~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya…

Pada kesempatan ini, seluruh warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha – Maaf zahir dan batin kepada seluruh muslimin khasnya.

Semoga Aidiladha 1432 ini membawa keinsafan dan rahmat yang tidak terhingga dengan limpahan barakah dari yang Maha Esa. Jadikanlan Aidiladha ini satu kesempatan untuk kita semua berukhwah dan saling bermaafan.

Adiladha hari yang mulia
Korban harta juga tenaga
Jalinkan ukhwah sesama kita
Semoga kekal aman sentosa

Iklas dari warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.

10 - 12 Zulhijjah 1432 hijrah.

Wassalam.

Isnin, 24 Oktober 2011

Selamat Hari Deepavali


Majlis Daerah Pengkalan Hulu mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut Agama Hindu di seluruh Malaysia umumnya dan di Pengkalan Hulu khasnya.

Semoga sambutan Deepavali pada tahun ini dipenuhi dengan kemeriahan, keceriaan dan penuh dengan semangat muhibbah yang mengekalkan perpaduan dan semangat toleransi berbilang kaum di Malaysia.

Bagi yang pulang kekampung untuk menyambut perayaan bersama-sama keluarga, berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat sampai ke pangkuan keluarga tersayang. Beraya bersama keluarga adalah lebih bermakna.

Selamat bercuti dan selamat pulang beraya ke kampung.

Dari warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

Ahad, 16 Oktober 2011

Sultan Kedah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14



Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (tiga, kanan) bergambar bersama (dari kiri) Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-226 di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.




KUALA LUMPUR, 14 Okt. — Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara di sini hari ini.


Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Disember depan untuk tempoh lima tahun. Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Ini kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.

Sultan Abdul Halim, 83, yang kini Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang. Pemilihan dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.
Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.

Sementara itu, Sultan Muhammad V, 42, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.

Canselor Universiti Malaysia Kelantan itu diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969. — BERNAMA

Khamis, 13 Oktober 2011

Merafak Sembah Takziah


Berikutan Kemangkatan Almarhummah Raja Perempuan Muzwin binti Raja Ariff Shah pada 6 Oktober 2011 dan telah disemadikan di Makam DiRaja Kuala Kangsar pada 7 Oktober 2011.

Seluruh warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu serta seluruh hamba ratyat daerah Pengkalan Hulu Merafak Sembah Takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu, serta seluruh kaum kerabat dan keluarga diraja Perak diatas kemangkatan Raja Perempuan Perak Raja Muzwin Raja Ariff Shah. Semoga roh almarhumah ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.

Al-Fatihah.

Dari seluruh warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

Taklimat Pelesenan Indutri Burung Walit

TAKLIMAT PELESENAN PEMBANGUNAN INDUSTRI BURUNG WALIT

Sukacita dimaklumkan bahawa satu taklimat berkaitan pelesenan pembangunan industri burung walit akan diadakan seperti berikut:

Tarikh    : 2hb. November 2011 (Rabu)
Masa      : 9.30 pagi
Tempat  : Bilik Gerakan Pejabat Daerah Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.

Pengusaha burung walit atau sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang kehadiran di kaunter pelesenan MDPH.

Penyertaan dan Borang Kehadiran adalah PERCUMA

Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada Unit Pelesenan, Majlis Daerah Pengkalan Hulu melalui cara berikut:


1. Panggilan telefon di 04-4778148 (waktu pejabat sahaja);



Tarikh tutup penyertaan : 28hb. Oktober 2011.

Sekian, terima kasih dan Wassalam.

Selasa, 27 September 2011

Perihan Kuasa Penilaian


AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

AKTA 171

BAHAGIAN XV

KADAR DAN NILAIAN

Kuasa untuk memasuki premis

110. Seseorang pegawai sesuatu pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis dengan sewajarnya boleh pada setiap masa yang munasabah, memasuki mana-mana premis dalam kawasan pihak berkuasa tempatan bagi maksud menjalankan apa-apa kuasa pemeriksaan, penyiasatan atau menjalankan kerja, yang diberi kepada sesuatu pihak berkuasa tempatan.

Pegawai boleh meminta nama dan alamat diberikan

111. (1) Penduduk mana-mana premis dalam kawasan pihak berkuasa tempatan hendaklah, jika dikehendaki oleh mana-mana pegawai sesuatu pihak berkuasa tempatan, memberikan nama dan nombor kad pengenalannya dan nama dan alamat pemunya premis itu, jika diketahui.

Penyata boleh dikehendaki

140.     (1) Untuk membolehkan pihak berkuasa tempatan mentaksirkan nilai pegangan yang kena ditaksirkan, pihak berkuasa tempatan boleh menghendaki pemunya atau penduduknya memberi penyata mengenai luasnya, tempat letaknya, kualiti, guna dan sewanya dan memberi segala maklumat yang perlu untuk menyediakan Senarai Nilaian ataupun bagi maksud nilaian itu, dan bagi maksud yang serupa pihak berkuasa tempatan atau seseorang yang dilantik olehnya bagi maksud itu boleh, pada bila-bila masa memasuki dan memeriksa dan, jika perlu, mengukurnya.

(2) Seseorang yang—
(a) enggan atau tidak memberi penyata atau maklumat itu dalam tempoh dua minggu dari tarikh diterima notis menghendakinya berbuat demikian;
(b) dengan diketahuinya membuat suatu penyata palsu atau tidak betul atau memberi suatu maklumat palsu atau tidak betul;
(c) merintangi, menghalang atau menahan pihak berkuasa tempatan atau seseorang yang dilantik olehnya daripada memasuki, memeriksa atau mengukur mana-mana pegangan itu,

boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit ataudipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Hostgator Coupon Code