Selasa, 27 September 2011

Notis Kerja-Kerja Penilaian dan Lawat periksa di Kg. Tasek


PENGUMUMAN KERJA-KER PENILAIAN BAGI MAKSUD KADARAN KE ATAS PEGANGAN (BANGUNAN DAN TANAH KOSONG) DI MUKIM BELUKAR SEMANG, PENGKALAN HULU.

Dengan ini adalah diumumkan bahawa Majlis Daerah Pengkalan Hulu, telah mengambil keputusan di bawah Seksyen 137, Akta Kerajaan Tempatan 1976, bahawa satu Pindaan  senarai nilaian perlu dibuat untuk Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.

Dalam melaksanakan kerja-kerja penilaian ini, Majlis telah melantik Tetuan Raine & Horne  International Zaki + Partners Sdn. Bhd. (99440-T) sebagai mewakili pihak Majlis. Pegawai-pegawai dari Tetuan Raine & Horne  International Zaki + Partners Sdn. Bhd. (99440-T) yang dilantik oleh Majlis Daerah Pengkalan Hulu akan membuat lawatan pemeriksaan untuk kerja-kerja mengukurperiksa hartanah di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu mulai dari 15hb. September 2011.

KUASA UNTUK MENJALANKAN KERJA-KERJA UKUR PERIKSA DAN PENILAIAN

Pegawai-Pegawai yang dilantik oleh Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan Penilai yang terlibat dibekalkan dengan 'Kad Kuasa' Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Orang ramai diminta supaya menyemak 'Kad Kuasa' tersebut sebelum memberi kebenaran masuk kepada pegawai tersebut.

Pegawai-pegawai yang tersebut diberi kuasa untuk mengamalkan pada amnya di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu kuasa-kuasa yang ditentukan di bawah ini :-

Seksyen 110 Akta 171       –   Kuasa memasuki premis.
Seksyen 111(1) Akta 171   –   Kuasa meminta nama dan alamat.
Seksyen 140 Akta 171       –   Pihak Berkuasa Tempatan boleh menafsirkan nilai pegangan,    mengkehendaki pemunya dan penduduk member penyata mengenai harta bagi maksud nilaian dan boleh pada bila-bila masa memasuki, memeriksa dan mengukurnya.

Orang ramai adalah diminta memberi kerjasama kepada pasukan ini apabila mereka datang ke premis tuan/puan dengan memberikan maklumat yang diperlukan supaya data-data yang tepat dapat dipastikan dan dikumpul.

SEKIRANYA INGKAR

Sukalah diingatkan bahawa mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 140(1) dan (2) a, b, c, adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-mana orang yang enggan memberi maklumat atau memberi maklumat palsu ataupun menghalang pegawai-pegawai terbabit dari memasuki dan mengukurperiksa hartanah tuan/puan.

Dalam perkara ini, kerjasama dan sokongan daripada orang ramai adalah sangat diperlukan supaya kerja-kerja Penilaian Semula dapat dijalankan dengan teratur dan mengikut jadual yang dirancangkan.

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU
PERAK DARUL RIDZUAN.

Sila semak Bahagian XV - Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) - di sini

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Hostgator Coupon Code