Khamis, 2 Februari 2012

Situasi Semasa Kes Denggi di Malaysia



KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

“PENINGKATAN KES KEMATIAN DENGGI DI MALAYSIA”
Bagi 1 hingga 28 Januari 2012

Pada tahun 2012, bermula dari 1 hingga 28 Januari, sebanyak 1,868 kes Denggi dilaporkan diseluruh negara berbanding 2,048 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, iaitu penurunan sebanyak 15%. Walau pun kes yang dilaporkan setakat ini bagi tahun 2012 lebih rendah dari tahun lepas namun sejak 4 minggu pertama tahun ini, telah terdapat tren peningkatan kes denggi yang dilaporkan setiap minggu. Bermula pada minggu akhir tahun 2011, dimana hanya 350 kes dilaporkan dan telah meningkat kepada 440 kes pada minggu pertama tahun 2012 dan seterusnya kepada 488 pada minggu lepas. Peningkatan purata 14% setiap minggu ini amat membimbangkan apa lagi dengan peningkatan kes kematian, dimana dalam tempoh 4 minggu saja telah terdapat 6 kematian denggi dilaporkan, berbanding dengan hanya 3 kematian dalam tempoh yang sama pada tahun 2011.

Setiap tahun 20% daripada jumlah keseluruhan kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara adalah dari kalangan pelajar sekolah. Misalnya, pada tahun 2011 sebanyak 21% atau 4,222 daripada 19,884 kes yang dilaporkan adalah terdiri dari pelajar sekolah, iaitu 14% (2,899 kes) adalah pelajar sekolah menengah dan 7% (1,323 kes) adalahpelajar sekolah rendah (kebangsaan). Begitu juga bagi bulan pertama tahun 2012, di mana terdapat 378 daripada 1,868 kes (20%) merupakan pelajar sekolah iaitu 13% (246 kes) adalah pelajar sekolah menengah dan 7% (132 kes) adalah pelajar sekolah rendah.

Bagi kes kematian Denggi, terdapat peningkatan 50% pada tahun ini berbanding tahun lepas dan Kementerian Kesihatan memandang serius akan situasi ini. Tiga negeri yang telah menyumbang kepada kes kematian Denggi adalah, Selangor yang telah melaporkan 3 kematian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 2 kematian dan N. Sembilan dengan satu kematian.

Kes-kes kematian ini melibatkan pesakit berusia antara 9 tahun hingga 50 tahun, di mana 2 daripada 6 kematian terbaru pada minggu lepas, merupakan pelajar sekolah rendah yang berusia 9 tahun dan seorang pelajar kolej berusia 18 tahun. Pada keseluruhanya 5 daripada 6 kematian ini berlaku di kawasan berisiko Denggi iaitu samada kawasan wabak, kawasan mempunyai pembiakan Aedes yang tinggi atau kawasan bekas wabak Denggi.

Semua kes kematian ini mengalami gejala demam dengan 2 simptom yang lain seperti sakit kepala, muntah, sakit otot, sakit sendi, sakit badan, tiada selera makan dan ruam. Oleh itu, masyarakat di minta tidak memandang remeh sekiranya mereka mengalami demam dan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan awal daripada klinik berhampiran bagi mengelakkan komplikasi akibat Denggi. Apa tah lagi sekiranya mereka tinggal dikawasan wabak Denggi.

Pengamal-pengamal perubatan juga diminta supaya sentiasa peka dengan kawasan wabak Denggi atau hotspots bagi membantu mereka untuk mendiagnosa kes Denggi dengan lebih awal dan mengurangkan risiko kematian akibat Denggi.

Kementerian Kesihatan menyeru agar masyarakat dan semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk menjayakan akitiviti pencegahan Denggi secara berterusan. Sumbangan dalam bentuk dana dan tenaga oleh syarikat swasta seperti yang dilakukan oleh Syarikat SC Johnson & Son Sdn Bhd dalam Pertandingan Anti Aedes Renjer Ridsect amat dihargai dan dialu-alukan oleh Kementerian Kesihatan.


DATO’ SRI DR HASAN ABDUL RAHMAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

31 Januari 2012

KES DENGGI DILAPORKAN PADA JANUARI 2012

BIL.
NEGERI
BILANGAN KES DAN KEMATIAN DI LAPORKAN
MINGGU 1
MINGGU 2
MINGGU 3
MINGGU 4
(1-7 JAN 2012)
(8-14 JAN 2012)
(15-21 JAN 2012)
(22-28 JAN 2012)
1
Perlis
2

5

3

2

2
Kedah
13

22

9

8

3
Pulau Pinang
20

16

17

25

4
Perak
34

39

33

41

5
Selangor
212
1
219
1
192

217
1
6
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
35

46

64
1
64
1
7
Negeri Sembilan
8

8

11
1
12

8
Melaka
15

12

18

19

9
Johor
37

39

32

21

10
Pahang
13

18

11

20

11
Terengganu
17

10

13

22

12
Kelantan
19

18

31

14

13
Sarawak
10

17

13

13

14
Sabah
4

12

11

10

15
Wilayah Persekutuan Labuan
1

0

1

0

MALAYSIA
440
1
481
1
459
2
488
2
Nota: Anga yang berwarna MERAH pada jadual di atas adalah melibatkan kes kematian akibat demam denggi.

PERBANDINGAN LAPORAN KES DENGGI PADA JANUARI 2011 DAN 2012 

BIL.
NEGERI
JUMLAH TERKUMPUL DENGGI SEHINGGA MINGGU 4/2012
JUMLAH TERKUMPUL DENGGI SEHINGGA MINGGU 4/2011
1
Perlis
12

16

2
Kedah
52

55

3
Pulau Pinang
78

176

4
Perak
147

142

5
Selangor
840
3
714
1
6
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
209
2
132

7
Negeri Sembilan
39
1
47

8
Melaka
64

58

9
Johor
129

203
1
10
Pahang
62

116

11
Terengganu
62

114
1
12
Kelantan
82

89

13
Sarawak
53

151

14
Sabah
37

68

15
Wilayah Persekutuan Labuan
2

3

MALAYSIA
1868
6
2084
3

Nota: Anga yang berwarna MERAH pada jadual di atas adalah melibatkan kes kematian akibat demam denggi.



Perbandingan Laporan Kes Denggi pada Januari Tahun 2011 dengan 2012

Kes Denggi Yang Dilaporkan Sehingga Minggu ke 4 Januari 2012


Risalah Anti Denggi



0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Hostgator Coupon Code