AWAS! TIADA AEDES TIADA DENGGI
10 minit setiap hari bersihkan persekitaran rumah anda... Luangkan masa! Nyawa keluarga anda adalah taruhannya! Pesanan Ikhlas dari Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
BIMBANGKAN TAHAP KESIHATAN KELUARGA?
Untuk mendapatkan pelbagai panduan penjagaan kesihatan keluarga dan anda, sila layari portal kesihatan anda di portal MyHEALT oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maklumat kesihatan terkini. RAKYAT SIHAT, NEGARA SEJAHTERA.
Ahad, 24 Jun 2012
Pertandingan Fotografi Terbuka
PERTANDINGAN
FOTOGRAFI TERBUKA
KARNIVAL RAKIT
BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III
PENGKALAN HULU
SEMPENA TAHUN
MELAWAT PERAK 2012
ANJURAN MAJLIS
DAERAH PENGKALAN HULU
Dengan kerjasama
Angkatan Senifoto Negeri Perak (ASFON Perak)
Objektif
Untuk menarik minat masyarakat
setempat dan masyarakat luar untuk mengenali Pengkalan Hulu secara lebih dekat
di bawah produk pelancongan negeri Perak khasnya Karnival Rakit Berhias Taman
Tasik Takong Edisi III.
Konsep
Mempromosikan persekitaran, kebudayaan
dan meningkatkan perpaduan untuk menarik lebih ramai pelancong terutamanya
pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara agar lebih berminat untuk datang
dan melawat serta menjadikan Pengkalan Hulu sebagai salah satu destinasi wajib
pelancongan kepada mereka pada tahun 2012 dan tahun yang seterusnya.
Kamera / Foto
Penggunaan kamera adalah bebas
dari segi jenis, jenama dan bentuk seperti "Compact Camera" sama ada
Digital atau Filem atau kamera "DSLR" atau kamera "SLR".
Teknik mengambil gambar juga adalah bebas, foto yang telah dirakam, adalah
dilarang menggunakan teknik olahan atau pengubahsuaian secara penggunaan perisian
komputer.
Foto mestilah asli dan
hendaklah dicetak di dalam ukuran saiz atau 8" X 12" dan
dilekatkan di atas "Mounting Board" berukuran 10" X 14"
berwarana gelap.
Peserta hendaklah dan wajib
menyertakan bersama salinan digital foto yang dimuatkan ke dalam CD atau Filem
bagi setiap foto yang dihantar untuk dipertandingkan. Setiap keping gambar / CD
atau Filem yang telah di hantar akan menjadi hakmilik Penganjur dan pihak pihak
Penganjur mempunyai hak ke atas setiap keping gambar / CD atau Filem tersebut
bagi kegunaan publisiti / Pameran atu percetakan dari masa ke semasa bila
diperlukan.
Untuk muat turung borang penyertaan dan syarat, sila klik di bawah:
TEMA:
MASYARAKAT
HARMONI DAN BERSATU PADU
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:
1.
Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warganegara
Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, Penyertaan daripada Urusetia
Pertandingan adalah tidak dibenarkan.
2.
Foto yang dirakam di sekitar KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III sahaja yang
layak untuk dipertandingkan.
3.
KARNIVAL RAKIT
BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III diterjemahkan sebagai:
“KARNIVAL
RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III yang
dianjurkan oleh Majlis Daerah Pengkalan Hulu dengan kerjasama Kerajaan Negeri
Perak, agensi Kerajaan di Daerah Kecil Pengkalan Hulu dan agensi bukan kerajaan
yang berkaitan pada 30 Jun 2012 (Sabtu) yang bermula pada 8.00 malam.
Bagi
penyesuaian terhadap pertandingan fotografi ini, KARNIVAL RAKIT BERHIAS
TAMAN TASIK TAKONG EDISI III diterjemahkan bermula pada 8.00 pagi 29 Jun
2012 (Jumaat) dan berakhir pada 11.59 malam 1 Julai 2012 (Ahad).”
4.
Rakaman foto tidak hanya terikat kepada rakit
berhias. Rakaman foto sekitar KARNIVAL RAKIT
BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III adalah diterjemahkan seperti berikut:
i. Telatah
pengunjung dan masyarakat di sekitar karnival;
ii. Acara-acara
yang dilangsungkan atau yang dipertandingkan;
iii. Gelagat dan
usaha peserta bekerjasama menghias dan menyiapkan rakit;
iv. Landskap
sekitar karnival;
v. Setiap
pergerakan, kejadian, peristiwa sepanjang karnival di kawasan karnival; dan
vi. Sebarang
yang difikirkan mempunyai nilai estetika kepada KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG EDISI III.
5.
Penyertaan foto bagi setiap peserta tidak
dihadkan. Namun tertakluk kepada setiap foto yang dipertandingkan dikenakan caj
sebanyak RM5.00 bagi setiap foto.
Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang Pos (Money Order) atau bayaran
secara tunai kepada “Pengerusi Kelab
Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Pengkalan Hulu”.Bagi bayaran secara
tunai, sila pastikan anda mendapat resit rasmi sebagai bukti pembayaran.
6.
Foto yang dipertandingkan mestilah asli dari
dayausaha dan kreativiti sendiri, olahan, pemurnian atau pengubahsuaian dengan
menggunakan perisian komputer adalah dilarang
dan penyertaan akan dibatalkan. Foto hendaklah yang belum pernah
dipertandingkan atau memenangi mana-mana pertandingan peringkat temapatan,
nasional atau antarabangsa. Setiap gambar yang dihantar hendaklah disertakan
bersama filem atau salinan digital yang dimuatkan ke dalam cakera padat digital (CD).
Salinan digital hendaklah dengan resolusi 8 megapixel dan ke atas.
7.
Foto yang dipertandingkan hendaklah dicetak
berukuran 8” X 12” dan dilekatkan di atas “Mounting Board” berwarna gelap berukuran berukuran 10” X 14”.
8.
Borang Penyertaan asal atau fotokopi hendaklah dilekatkan dibelakang setiap keping
gambar yang dihantar, gambar beserta borang dan Kiriman Wang Pos yang telah
dilengkapkan hendaklah diserahkan/sampai kepada Urusetia Pertandingan pada atau
sebelum tarikh tutup pertandingan seperti berikut:
Alamat
urusetia pertandingan:
Urusetia
Pertandingan Fotografi
d/a:
Majlis Daerah Pengkalan Hulu
33100
Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.
Tarikh tutup pertandingan:
13 Julai, 2012 (Jumaat) 5.00 petang.
9.
Semua gambar-gambar yang dihantar untuk
penyertaan akan menjadi hakmilik penganjur. Penganjur adalah berhak untuk
menghasilkan semula atau mencetak semula bagi tujuan Publisiti, Pameran atau
Penyiaran tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu daripada peserta dan
peserta hendaklah mengaku serta bersetuju tidak akan membuat sebarang tuntutan
kewangan atau lain-lain tuntutan melalui pihak ketiga selepas borang penyertaan
ditandatangan dan diterima.
10.
Keputusan panel hakim adalah muktamad.
HADIAH:
PERTAMA : RM500 00 / dan Sijil Penyertaan
KEDUA : RM300.00 / dan Sijil Penyertaan
KETIGA : RM200.00 / dan Sijil Penyertaan
URUSETIA PERTANDINGAN:
HAIRUL: 04-4778148 @ EMEL: fotokrb3@mdph.gov.my
Maklumat lanjut:
Portal MDPH : http://www.mdph.gov.my
Blog MDPH :
http://myemdph.blospot.com
Facebook MDPH :
http://www.facebook.com/klikmdph
Sebarang maklumat atau pengumuman akan disebarkan melalui laman
sesawang yang disenaraikan di atas.
Selasa, 19 Jun 2012
Lot Perniagaan di Tapak Karnival Rakit Berhias Edisi III
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera...
Dimaklumkan kepada semua pemohon lot perniagaan di Tapak Karnival Rakit Berhias Edisi III bahawasanya:
- Bayaran untuk menyewa lot tersebut hendaklah dibuat pada 25 Jun 2012 (Isnin) seperti surat yang telah diedarkan.
- Pemilikan lot akan diumumkan semasa pembayaran dibuat.
Sekian, terima kasih dan harap maklum.
Ahad, 10 Jun 2012
Tawaran Berniaga di Tapak Bazar Ramadhan Pengkalan Hulu
NOTIS TAWARAN
BERNIAGA DI TAPAK BAZAR
RAMADHAN
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU
ORANG RAMAI ADALAH DIPELAWA UNTUK BERNIAGA DI TAPAK BAZAR RAMADHAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU DENGAN KEMUDAHAN SEPERTI DI BAWAH :
- PETAK BERNIAGA BERBUMBUNG (10’ x 10’)
- PERKHIDMATAN ELEKTRIK (LAMPU)
- PEMBEKALAN PLASTIK SAMPAH HITAM SETIAP HARI
- PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN LAIN-LAIN PERKHIDMATAN
KADAR CAJ
PERKHIDMATAN RM180.00
BORANG PERMOHONAN BOLEH
DIDAPATI DENGAN PERCUMA DI KAUNTER PERTANYAAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU PADA
WAKTU PEJABAT.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 29
JUN 2012.
TEMPAT
ADALAH TERHAD
Selasa, 5 Jun 2012
Karnival Rakit Berhias 2012 - 30 Jun 2012
![]() |
| KARNIVAL RAKIT BERHIAS TAMAN TASIK TAKONG PENGKALAN HULU 2012 |
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa, Karnival Rakit Berhias Taman Tasik Takong Pengkalan Hulu 2012 akan diadakan pada 30 Jun 2012 (Sabtu) bermula pada jam 8:30 malam bertempat di Taman Tasik Takong.
Seluruh masyarakat dijemput hadir bagi memeriahkan acara.
Bagi yang ingin menyertai Pertandingan Rakit Berhias, sila hubungi Urusetia Karnival Rakit Berhias 2012 di no. 04-4778148 dan sila bercakap dengan Puan Azuriani atau Cik Nazrah untuk maklumat lanjut.
Sekian terima kasih.
Selasa, 29 Mei 2012
Tawaran Perniagaan di Karnival Rakit Berhias 2012
NOTIS TAWARAN
MENYEWA TAPAK PERNIAGAAN KARNIVAL RAKIT BERHIAS
PENGKALAN HULU 2012
TAWARAN
DIBUKA KEPADA ORANG RAMAI / PERTUBUHAN DAN SYARIKAT YANG BERMINAT UNTUK PENYEWA TAPAK PERNIAGAAN YANG DISEDIAKAN OLEH
PIHAK MDPH .
- BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DENGAN PERCUMA DI KAUNTER PERTANYAAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU PADA WAKTU PEJABAT.
- TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 11HB. JUN 2012.
- TAPAK PERNIAGAAN ADALAH TERHAD, DENGAN INI PIHAK MAJLIS AKAN MENGUTAMAKAN PADA INDIVIDU / SYARIKAT YANG MENGHANTAR BORANG TERLEBIH DAHULU.
- UNTUK SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI PUAN AZLIN DI TALIAN TEL :04-4778148,FAX :04-4778735
*KARNIVAL AKAN
BERLANGSUNG PADA 30HB. JUN 2012.
Jumaat, 4 Mei 2012
Perlawanan Akhir Piala KPPD 2012
Malam ini bermula jam 8:30 malam, akan berlangsung perlawanan akhir Liga Bola Sepak Piala Ketua Penolong Pegawai Daerah Pengkalan Hulu (Piala KPPD) tahun 2012. Perlawanan akan diadakan di Padang Bandaran, Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Acara akan dirasmikan oleh YB. Tan Sri Dato' Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli bin Mohd Ghazali seterusnya akan menyempurnakan acara penyeampaian hadiah kepada pemenang.
Pasukan yang akan bertanding di perlawanan akhir malam ini adalah:
KELAB BELL BELIA TAMIL (KBBL)
VS
3 REJIMEN SEMPADAN (3RS)
Orang ramai adalah dijemput hadir bagi memberikan sokongan dan sorakan kepada pasukan kegemaran anda. Datanglah dengan semangat kesukanan dan setia kawan. Datanglah dengan semangat berkobar-kobar untuk mengeratkan perpaduan.
Bagi pasukan yang bertanding, bermainlah dengan semangat kesukana yang jitu. Hidupkan sukan yang sihat supaya Pengkalan Hulu sentiasa ceria.
Khamis, 3 Mei 2012
NOTIS TAWARAN MENYEWA PREMIS
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pengumuman kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa gerai Majlis Daerah Pengkalan Hulu, anda adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan seperti yang dinyatakan dalam notis di bawah:
NOTIS TAWARAN MENYEWA PREMIS
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU
ORANG RAMAI ADALAH DIPELAWA UNTUK MENYEWA PREMIS SEPERTI SENARAI DI
BAWAH:
BIL.
|
LOKASI
|
STATUS GERAI
|
1.
|
GERAI NO. 9, MEDAH SELERA,
JALAN ISKANDAR.
|
GERAI PELBAGAI
|
2.
|
GERAI NO. 1, JALAN KLIAN INTAN,
JALAN KLIAN INTAN.
|
GERAI KERING
|
3.
|
GERAI NO. B2, DATARAN MAJLIS,
JALAN BETONG.
|
GERAI PELBAGAI
|
4.
|
KIOSK JALAN KLIAN INTAN,
JALAN KLIAN INTAN.
|
GERAI KERING
|
BORANG PERMOHONAN PENYEWAAN
GERAI BOLEH DIDAPATI DI KAUNTER PERTANYAAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU PADA
WAKTI PEJABAT.
BORANG PERMOHONAN DIJUAL DENGAN
HARGA:
RM10.00
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA:
11 MEI 2012
(MOHD SHAH NIZAM BIN ABDUL AZIZ)
B.P. YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU
PERAK DARUL RIDZUAN.
5:54 PTG
Unknown













