AWAS! TIADA AEDES TIADA DENGGI
10 minit setiap hari bersihkan persekitaran rumah anda... Luangkan masa! Nyawa keluarga anda adalah taruhannya! Pesanan Ikhlas dari Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
BIMBANGKAN TAHAP KESIHATAN KELUARGA?
Untuk mendapatkan pelbagai panduan penjagaan kesihatan keluarga dan anda, sila layari portal kesihatan anda di portal MyHEALT oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maklumat kesihatan terkini. RAKYAT SIHAT, NEGARA SEJAHTERA.
Selasa, 27 September 2011
Kuasa Untuk Menjalankan Kerja-kerja Penilaian
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : Bil.(7)dlm.MDPH.KAD/A12/14/4
Tarikh : 30hb. Syawal 1432
28hb. September 2011
KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN
PEMILIK-PEMILIK DAN PENGHUNI-PENGHUNI
PREMIS DI DALAM KAWASAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU
Tuan/Puan,
KUASA MENJALANKAN LAWAT PERIKSA, MEMASUKI PREMIS DAN PENILAIAN DI DALAM KAWASAN MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU.
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan, bahawa Tetuan Raine & Horne International Zaki + Partners Sdn. Bhd. (99440-T) telah dilantik oleh Majlis untuk melaksanakan kerja-kerja penilaian di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
3. Berikutan itu, pegawai-pegawai dari syarikat tersebut yang disenaraikan adalah diberi kuasa sebagai mewakili Majlis untuk mengamalkan pada amnya di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu kuasa-kuasa mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 seperti yang disenaraikan di bawah ini:
3.1. Seksyen 110 Akta 171 - Kuasa memasuki premis;
3.2. Seksyen 111(1) Akta 171 - Kuasa meminta nama dan alamat; dan
3.3. Seksyen 140 Akta 171 - Pihak Berkuasa Tempatan boleh menafsirkan nilai pegangan, mengkehendaki pemunya dan penduduk memberi penyata mengenai harta bagi maksud nilaian dan boleh pada bila-bila masa memasuki, memeriksa dan mengukurnya.
Pegawai-pegawai yang diberi kuasa:
i. Sr. Rosli Bin Atan, Pengarah Projek (KP: 690826-01-5833)
ii. Ibrahim Bin Mustapha, Pengurus Penilaian (KP: 800921-03-5677)
iii. Wan Mohd Zulhisyam, Penolong Pengurus Penilaian (KP: 830605-10-5845)
iv. Mohamad Fauzi Bin Othman, Pembantu Teknikal (Penilaian) (KP: 900115-09-5093)
v. Mohd Farid Bin Zulkifli, Pembantu Teknikal (Penilaian) (KP: 901124-01-6003)
vi. Amran Bin Mamat, Pembantu Teknikal (Pelan) (KP: 821007-11-5547)
4. Sehubungan itu, tuan/puan adalah disarankan untuk memberikan kerjasama kepada pegawai-pegawai tersebut. Majlis juga ingin mengingatkan bahawawanya sekiranya tuan/puan enggan untuk memberikan kerjasama yang sepatutnya boleh menyebabkan tuan/puan dikenakan tindakan di bawah seksyen 140(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
5. Kerjasama tuan/puan dalam menyempurnakan kerja-kerja ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(MOHD SYUKRI BIN AZAARI)
Yang Dipertua
Majlis Daerah Pengkalan Hulu
Perak Darul Ridzuan.
Notis Kerja-Kerja Penilaian dan Lawat periksa di Kg. Tasek
PENGUMUMAN KERJA-KER PENILAIAN BAGI MAKSUD KADARAN KE ATAS PEGANGAN (BANGUNAN DAN TANAH KOSONG) DI MUKIM BELUKAR SEMANG, PENGKALAN HULU.
Dengan ini adalah diumumkan bahawa Majlis Daerah Pengkalan Hulu, telah mengambil keputusan di bawah Seksyen 137, Akta Kerajaan Tempatan 1976, bahawa satu Pindaan senarai nilaian perlu dibuat untuk Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.
Dalam melaksanakan kerja-kerja penilaian ini, Majlis telah melantik Tetuan Raine & Horne International Zaki + Partners Sdn. Bhd. (99440-T) sebagai mewakili pihak Majlis. Pegawai-pegawai dari Tetuan Raine & Horne International Zaki + Partners Sdn. Bhd. (99440-T) yang dilantik oleh Majlis Daerah Pengkalan Hulu akan membuat lawatan pemeriksaan untuk kerja-kerja mengukurperiksa hartanah di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu mulai dari 15hb. September 2011.
KUASA UNTUK MENJALANKAN KERJA-KERJA UKUR PERIKSA DAN PENILAIAN
Pegawai-Pegawai yang dilantik oleh Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan Penilai yang terlibat dibekalkan dengan 'Kad Kuasa' Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Orang ramai diminta supaya menyemak 'Kad Kuasa' tersebut sebelum memberi kebenaran masuk kepada pegawai tersebut.
Pegawai-pegawai yang tersebut diberi kuasa untuk mengamalkan pada amnya di dalam kawasan Majlis Daerah Pengkalan Hulu kuasa-kuasa yang ditentukan di bawah ini :-
Seksyen 110 Akta 171 – Kuasa memasuki premis.
Seksyen 111(1) Akta 171 – Kuasa meminta nama dan alamat.
Seksyen 140 Akta 171 – Pihak Berkuasa Tempatan boleh menafsirkan nilai pegangan, mengkehendaki pemunya dan penduduk member penyata mengenai harta bagi maksud nilaian dan boleh pada bila-bila masa memasuki, memeriksa dan mengukurnya.
Orang ramai adalah diminta memberi kerjasama kepada pasukan ini apabila mereka datang ke premis tuan/puan dengan memberikan maklumat yang diperlukan supaya data-data yang tepat dapat dipastikan dan dikumpul.
SEKIRANYA INGKAR
Sukalah diingatkan bahawa mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 140(1) dan (2) a, b, c, adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-mana orang yang enggan memberi maklumat atau memberi maklumat palsu ataupun menghalang pegawai-pegawai terbabit dari memasuki dan mengukurperiksa hartanah tuan/puan.
Dalam perkara ini, kerjasama dan sokongan daripada orang ramai adalah sangat diperlukan supaya kerja-kerja Penilaian Semula dapat dijalankan dengan teratur dan mengikut jadual yang dirancangkan.
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU
PERAK DARUL RIDZUAN.
Sila semak Bahagian XV - Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) - di sini
Selasa, 2 Ogos 2011
Salam Perkenalan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.
Ini adalah blog rasmi bagi Majlis Daerah Pengkalan Hulu yang akan memaparkan secara terperinci dan tepat maklumat berkenaan dengan sebarang info tentang Daerah Pengkalan Hulu malahan Majlis Daerah Pengkalan Hulu sendiri.
Semua masyarakat dari pelbagai latar belakang yang berada di dalam atau di luar Pengkalan Hulu malahan yang berada di luar negara juga adalah dialu-alukan untuk melayari blog ini untuk info terkini dan tepat. Melalui blog ini juga segenap masyarakat boleh memberikan komen malahan mencadangkan sebarang cadangan berkenaan blog ini dan juga berkenaan pembangunan Pengkalan Hulu.
Dikesempatan ini juga Warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432h kepada semua masyarakat Malaysia dan Pengkalan Hulu khasnya. Semoga Ramadhan tahun ini dilimpahkan keberkatan yang tidak terhingga kepada kita semua.
Wassalam.
Ini adalah blog rasmi bagi Majlis Daerah Pengkalan Hulu yang akan memaparkan secara terperinci dan tepat maklumat berkenaan dengan sebarang info tentang Daerah Pengkalan Hulu malahan Majlis Daerah Pengkalan Hulu sendiri.
Semua masyarakat dari pelbagai latar belakang yang berada di dalam atau di luar Pengkalan Hulu malahan yang berada di luar negara juga adalah dialu-alukan untuk melayari blog ini untuk info terkini dan tepat. Melalui blog ini juga segenap masyarakat boleh memberikan komen malahan mencadangkan sebarang cadangan berkenaan blog ini dan juga berkenaan pembangunan Pengkalan Hulu.
Dikesempatan ini juga Warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432h kepada semua masyarakat Malaysia dan Pengkalan Hulu khasnya. Semoga Ramadhan tahun ini dilimpahkan keberkatan yang tidak terhingga kepada kita semua.
Wassalam.
9:09 PTG
Unknown








