Ahad, 15 April 2012

Karnival Rakit Berhias 2012 DITUNDA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera...

Dukacita dimaklumkan bahawa, Karnival Rakit Berhias Pengkalan Hulu 2012 ditunda lagi disebabkan beberapa perkara teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Walaubagaimanapun, suatu tarikh yang sesuai bagi melansungkan Karnival Rakit Berhias akan diumumkan pada waktu yang terdekat ini.

Sebarang kemuskilan dan info terkini berkenaan Karnival  Rakit Berhias Pengkalan Hulu 2012 boleh ke laman facebook Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

Sekian, terima kasih dan Wassalam.


Rabu, 11 April 2012

Lelongan Aset Alih Kerajaan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

KENYATAAN JUALAN LELONGAN ASET ALIH KERAJAAN

Dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Pengkalan Hulu akan mengadakan jualan lelong aset seperti berikut:


Tarikh : 16 April 2012
Masa   : 9.00 Pagi hingga 5.00 Petang 
Tempat : Setor Majlis Daerah Pengkalan Hulu

2. Senarai aset yang akan dilelong adalah seperti di KEW.PA-27(A). Semua aset boleh dilihat pada 12 April 2012 sehingga 13 April 2012 di Setor Majlis Daerah Pengkalan Hulu di antara jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang.

3. Syarat dan peraturan lelong adalah seperti berikut:

  • (i) Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.
  • (ii) Pembida yang berminat untuk menyertai lelongan, perlu mendaftar dengan pegawai pelelong dengan memberikan nama penuh, no. Kad Pengenalan dan alamat kepada Pegawai Pelelong semasa lelongan dilakukan serta membayar deposit sebanyak 5% daripada harga simpanan atau maksima RM1,000.
  • (iii) Penawar harga tertinggi adalah pembida yang berjaya dan jika ada apa-apa perselisihan yang berbangkit mengenai penawar yang tertinggi, aset berkenaan akan dilelong semula.
  • (iv) Jabatan berhak mengubah susunan jualan tersebut di senarai KEW.PA-27(A) dan menarik balik mana-mana aset daripada senarai tersebut.
  • (v) Semua aset adalah dilelong sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is-basis).
  • (vi) Jabatan ini hendaklah bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.
  • (vii) Semua perbelanjaan bagi mengangkut aset hendaklah ditanggung oleh pembida sendiri.
  • (viii) Pembida yang berjaya hendaklah memberitahu nama penuh, no. Kad Pengenalan dan alamat kepada pegawai pelelong semasa jualan dilakukan.
  • (ix) Pembayaran penuh hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh lelongan.
  • (x) Pembida yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh lelong. Jika tidak, Jabatan berhak untuk melupuskannya.
  • (xi) Segala bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum aset boleh dikeluarkan dari premis Jabatan.

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Pengkalan Hulu,
Perak Darul Ridzuan.

Isnin, 9 April 2012

Jawatan Kosong di MDPH


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera...


IKLAN JAWATAN KOSONG DI MDPH

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan adalah  kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah.
  1. Pembantu Undang-Undang (L29)
  2. Pembantu Penguatkuasa (N17)
  3. Pekerja Awam (R1)
Untuk maklumat selanjutnya dan muat turun sila klik pada pautan di bawah:


Tarikh Tutup Iklan  :   27 April 2012.

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU
33100 PENGKALAN HULU
PERAK DARUL RIDZUAN.

Rabu, 4 April 2012

Pesta Songkran 2012

Sukacita dimaklumkan, PESTA SONGKRAN yang diraikan oleh masyarakat Siam pada 13-15 April setiap tahun kembali lagi pada tahun 2012 ini.

Pihak Majlis dengan ini mewara-warakan (mengwar-warkan) kepada seluruh masyarakat Malaysia berminat untuk bersama-sama memeriahkan PESTA SONGKRAN 2012 ini. Sehubungan dengan itu, semua dijemput hadir pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 13 April 2012 (Jumaat)
Tempat: Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak.
Masa: 9:30 pagi hingga 5:00 petang


INFO PESTA SONGKRAN
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tahun Baru Thai (Bahasa Thai: สงกรานต์ Songkran, dari istilah Sanskrit sankrānti "pergerakan astrologi") disambut sekitar 13–15 April setiap tahun di Thailand, seiringan dengan sambutan Tahun Baru bagi kebanyakan takwim tradisional yang dipakai di Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Asalnya, tarikh perayaan ditentukan berdasarkan perhitungan astrologi, tetapi sekarang ditetapkan tarikh dalam takwim. Perayaan Songkran jatuh pada hari yang paling hangat dalam setiap tahun di Thailand, di penghujung musim kemarau. Mulanya, Tahun Baru Thai merupakan awal tahun di Thailand. Pada tahun 1888, tarikh tahun baru dialih ke 1 April dan pada tahun 1940, 1 Januari pula menjadi tarikh tahun baru rasmi. Semenjak tiu, sambutan tahun baru Thai masih dijadikan cuti umum.

Tradisi tahun baru
Nyata sekali perayaan Songkran diterajui adat menyimbah air. Orang ramai merayau-rayau di jalanan dengan membawa baldi berisi air atau pistol air, atau berdiri di tepi jalan sambil memegang hos lalu mecurahkan air ke arah orang lain. Adat menyimbah air asalnya merupakan cara memberi hormat kepada orang lain dengan menangkap air "bertuah" yang sudah dicurahkan untuk membersihkan patung Buddha lalu dicurahkan ke arah baru orang tua untuk memberi tuah kepada mereka sekeluarga. Bagi golongan muda pula, oleh sebab bulan April merupakan bulan terhangat di Thailand (suhunya boleh mencecah 40°C), perayaan ini dijadikan hari berseronok dengan menyimbahkan air ke arah orang lain, sehingga timbulnya gejala seperti berlawan air dan menyimbah air ke arah orang yang memandu kenderaan.

Sebenarnya kegiatan ini tidak semestinya dijadikan keutamaan dalam sambutan tahun baru. Sewajarnya, Songkran dijadikan masa untuk menziarahi dan membalas budi orang-orang tua dan sanak saudara.

Ucapan
Ucapan tradisi tahun baru berbunyi "sa-wat-dee pi mai-thai" (สวัสดีปีใหม่ไทย) yang bermaksud "Selamat tahun baru Thailand", tetapi ramai orang lebih gemar mengucapkan "suk-san wan songkran" (สุขสันต์วันสงกรานต์) iaitu "Selamat Hari Songkran" kerana pi mai lebih kepada 1 Januari.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Songkran

Ahad, 1 April 2012

Karnival Rakit Berhias 2012


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya...

KARNIVAL RAKIT BERHIAS PENGKALAN HULU 2012.

Dimaklumkan bahawa, tarikh terdahulu (iaitu 13 April 2012) adalah dibatalkan berikutan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Walaupun tarikh 'Karnival Rakit Berhias 2012' belum diwara-warakan (war-war) secara rasmi sebelum ini, namun dengan tersebarnya tarikh awal karnival ini secara meluas tidak dapat dielakkan dan telah menyebabkan berlakunya kekeliruan dikalangan ramai.

Sehubungan dengan itu, pihak Majlis dengan ini telah menetapkan tarikh rasmi KARNIVAL RAKIT BERHIAS PENGKALAN HULU 2012 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 5 MEI 2012 (SABTU)
Masa : 8:30 malam
Tempat : TAMAN TASIK TAKONG, PENGKALAN HULU



Oleh yang demikian, pihak Majlis memohon maaf sekiranya kekeliruan ini telah menyebabkan suatu bentuk kerugian kepada yang mengikutinya.

Sebarang berita terkini akan disampaikan dari masa-kesemasa melalui media MDPH seperti berikut:

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih dan Wassalam.

Sabtu, 31 Mac 2012

Earth Hour 2012

31 Mac 2012 - 8:30 malam hingga 9:30 malam.

PADAMKAN LAMPU SELAMA SATU JAM - Selamatkan bumi kita.

Khamis, 29 Mac 2012

Seminar Jom Baca 1Malaysia

Assalamaulaiakum Warahmataullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya...

Satu 'Seminar Jom Membaca 1Malaysia' yang dianjurkan bersama-sama oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak dan Lembaga Pembangunan Sastera (LEPAS) Perak akan diadakan di Pengkalan Hulu seperti berikut:

Tarikh : 31 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan Bandaran Pengkalan Hulu

Tempat adalah terhad kepada 150 peserta sahaja. Walau bagaimana pun, orang ramai adalah dijemput untuk hadir ke pameran buku yang turut diadakan di tempat yang sama.

LATAR BELAKANG PROGRAM

PENGENALAN

Membaca merupakan kunci kepada ilmu. Ada kajian dan pendapat menyatakan bahawa budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu amat kurang. Sekiranya masyarakat Malaysia ingin menambah ilmu, budaya membaca perlu dipupuk dan tindakan perlu diambil supaya minat kepada membaca ini dapat direalisasikan. Di samping itu, budaya minat membaca hendaklah dipupuk dan disemai sejak di peringkat awal kanak-kanak lagi.

RASIONAL

Pihak penganjur 'Seminar Jom Membaca 1Malaysia' merasakan kelemahan pelajar dalam pelajaran antara lain adalah kerana kurangnya minat terhadap membaca. Hal ini harus diperbetulkan dan satu seminar perlu diadakan bagi mengenal pasti dan seterusnya menangani permasalahan ini.

OBJEKTIF

Dengan adanya 'Seminar Jom Membaca 1Malaysia' ini, masyarakat akan menyedari kepentingan membaca. Dari itu, diharapkan melalui seminar ini, minat membaca akan disuntik dan dipupuk agar menjadi amalan dan budaya membaca dalam kalangan masyarakat dan seterusnya menjadi masyarakat Malaysia berilmu menjelang tahun 2020.


ATUR CARA SEMINAR


8.30 pagi - Pendaftaran
9.00 pagi - Kudapan


9.30 pagi
Kertas Kerja I
Penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid sekolah di derah Hulu Perak.
Oleh : Encik Abd. Wahid bin Nuruddin - Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak.


10.45 pagi
Kerta kerja II
Membaca bersama keluarga
Oleh: Pengarah Pebadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.


12.00 tengahari - Makan tengahari dan solat


2.00 petang
Kertas kerja III
Penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu di peringkat awal kanak-kanak.
Oleh: Y.Bhg. Dr. Tajul Aripin Kassin - Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM Pulau Pinang.


4.00 petang
Resolusi dan perbincangan
Pengerusi: Y. Bhg. Dato' Haji Khairuddin bin Haji Arshad.


5.00 petang
- Majlis penutup
Disempurnakan oleh YB. Tan Sri Dato' Seri Di Raja Mohd Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali, S.P.S.A., S.P.MP., D.P.M.P., A.M.P. (ADUN) Pengkalan Hulu.


- Bacaan doa.
- Penyampaian sijl penyertaan.
- Bersurai.

**Sebarang pertanyaan berkenaan perogram : 04-4778148

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Hostgator Coupon Code